Thursday, 10 May 2012

Mahalnya Harga Jurugambar Ni??




Mahalnya harga jurugambar ni?? Seringkali mendengar perkataan begini ditujukan kepada jurugambar yang mencari rezeki untuk menyara kehidupan pada masa kini. Adakah berbaloikah jika kita kata begitu kepada mereka. Tidak kiralah samada dari apa-apa majlis sekalipun tidak begitu lengkap jika tiada jurugambar.

Peranan jurugambar dikira amat penting dimana mereka akan merakam saat-saat indah untuk pelanggan mereka. Ia bukan suatu kerja yang mudah. Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya.

Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. 
Berikut disenaraikan 5 sebab utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan.


Kos Peralatan Kamera 


Untuk menghasilkan gambar-gambar yang sangat baik memerlukan kamera yang sangat berkualiti. Satu set kamera mungkin akan mencecah RM 3000 hingga puluhan ribu. Lagi mahal harga kamera lagi tinggi kualiti kamera tersebut disamping itu kos pemuliharaan juga perlu diambil kira.
Jurugambar juga akan menghadapi risiko kerosakan peralatan, ini juga akan memberi sedikit sebanyak impak kepada mereka. Jika berlaku kerosakan mereka mungkin akan mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk membaiki.
Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ’sewa’ peralatan mereka.



Kemahiran Jurugambar

 

Untuk menjadi seorang jurugambar yang diidamkan pelanggan mereka juga memerlukan latihan. Jurugambar akan melaburkan wangnya untuk latihan supaya mereka menjadi lebih berilmu dan dapat menghasilkan ‘ouput’ yang sangat baik. Lebih lama mereka berkecimpung dalam bidang fotografi lebih banyak pengalaman yang akan mereka dapat dan akan lebih mematangkan mereka.


Masa Perkhidmatan 


Jurugambar mengorbankan masa hujung minggu yang sepatutnya bersama keluarga semata-mata untuk majlis anda. Masa mereka ini lah yang tidak dapat dibayar walaupun dengan harga tinggi. Bayangkan betapa besarnya perngorbanan yang mereka lakukan untuk anda.


Perkhidmatan Selepas Rakaman 


Setelah selesai merakam detik-detik indah majlis anda, tugasan mereka tidak akan habis di situ sahaja. Mereka perlu memilih dan mencari gambar yang paling cantik dan berharga untuk dipersembahkan pada pelanggan. Untuk memilih dan mencari ia tidak akan memerlukan masa yang sedikit mungkin berjam-berjam masa yang diperlukan ini adalah untuk menjaga kualiti dan nama jurugambar tersebut.


Kos material 


Kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.
Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya.
Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.


credit to : 
Nota Hati
Comments
4 Comments

4 comments:

C'Jai said...

setimpal dengan nilai,hasil kerja dan kualiti yang diberikan.... Suka juga merakam gambar walau tak secantik jurugambar pro...hehe

C'Jai said...

oppsss...singgah lg sekali ...cam kenal jer jurugambar dalam gambar tu...heeee~

Puteri_ika said...
This comment has been removed by the author.
Puteri_ika said...

@C'Jai
heheehe...cm knai??hehe...sape la tuuu