Friday 25 May 2012
Memang Sungguh Terkesan..;(
Thursday 24 May 2012
Biar Betul ??
cuti per.sem= 13/8 hgga 19/8
tonyoh mata ,genyeh lagi , sampai tak mau nampak dah tarikh tuu..huwaaaaa..19/8 hari raya kan ??20/8 dah start kuliah ..hah ..padan muka kau Puteri! jgn nak mengeluh ar ..hadapi dgn kental ,sabar ,dan jgn lemah!
Daku cuba merangkak ..menuju ke ruang tamu .amik tisu dua bundle ..dan .huwaaa dan huwaaaaa lagiii...huhukk..sedihnyer ..
pape pun ,jom tolong angkat tangan ,tak tinggi pun takpe ,jom doa supaye warga KMPh lembut hati bagi cuti extra kat kami ..aminnnn,,,
huwaaa...tskkk..
Wednesday 23 May 2012
Gempak!Aku masuk TV???
Mai Timbang ,,mai ,mai ..
opss..lagi laju ..tapi Qhaliff terlupa nak sign up .huuu
#cik la,encik Ben ,,sekadar bingkisan senyuman je untuk hari ni .. x berani gak ni .hehe
TUJUAN AKU????
"Aku nk setiap blogger ada semangat untuk majukan blog mereka melalui penulisan yang bagus , berilmiah serta berinfomasi ..
Dengan tu , diorang mampu bersaing dengan sihat blogger blogger yang lain terutama yang senior dari segi persembahan entri mereka .. kan ? Bukan suruh cari yang terbaik tetapi hasilkan yang terbaik dan berkualiti .. Ingat , kualiti tak semestinya panjang lebar tetapi memberi kesan pada pembaca ..
TETAPI ingat la yer .. Walaupun blog tu kita punya , tolong jangan semakkan dengan widget yang tak perlu .. Kalau rasa blog tu dibuat sbb kita sendiri nak baca , ok laa .. Tak kisah . Tapi jika sebaliknya , kesian kat pembaca kita .. tak tau mana satu dia nak tumpukan perhatian .. Kat entri atau widget ??? "
Hmmm..betul tak ?? betul kan ? Haa..sebab tulah ,bagi yang perasan la kan,(err,macam la blog ni femes ),blog Puteri pada zaman purba dinosour dulu ,memang 'meriah' ala2 perkahwinan hindustan punye lah .siap ade lagu berjuta2 ..sekali dgn DJ sekali .ahah..
Termasuk lah langsir2 rumoh , ampaian ..sume cukup .kalau boleh nak try test SEMUA TUTORIAL yang ade kat dunia ni ..haaiii,maklumlah ,mokcik ni baru je nak berkecimpung dalam arena BLOG ni ..ampun ,ampun..
Dan ..bila disahkan MAIGRAIN+OTAK TERGELIAT , satu kesedaran sivik mula menyinggah dalam mesin otak ni .Nak tau ape yang di fikirkan ?'heessshh, tok leh jadi ni .makin banyak aku tambah ,makin menyeksa jiwa raga!.macam mana ek nak bagi blog aku ni cantik ,tapi x semak mcm ladang kelapa sawit x terurus 200 juta taun?'
Okeh,,meh kite cek balik tujuan @ nawaitu kita nak berblog .Mmg pada dasar abad 19 suku dulu ,Puteri tgk ,'ehh,lawanye blog dia..nak buat gak la,nnt mesti org suke masuk blog aku ,kalau lawa'..ok ok ..tu dulu yekk.
Pernah gak rasa ,'aku mana tau nak citer ape dalam ni .kang aku jujur sgt ,nampak pulak baik buruk aku .malu weii ..mula ar org tamo baca dah .pastu kutuk2 aku .' ok ,ni dulu gak .
Era 2012 kini ,pemikiran semakin disemai dgn baja cap 'MATANG' ..so , boleh la faham sedikit sebanyak tujuan , apa yang nak disampaikan ,apa yang orang baca dan apa orang akan kata . Tak salah nak bercerita soal peribadi , share ape2 ilmu kita dpt ,dan YANG PALING PENTING ,,kita hormat org yang akan masuk blog kita biarpun mereka tak bagi 'Salam' pon bila masuk .hehe
Dan kita mesti lah kena "sambut" mereka dgn penuh dedikasi dan sopan santun .erkk.
maksudnyer ,tulisan kau la mak jah .Takmau lah mcm cakaq ayam jaa..Nanti orang 'angkat kening' .And one more (cehh,speaking!) , you must jaga hati org yang dtg tuu ..err,maaf..kamus terbakor .
Haa,,jaga hati . ala ,bukannya nak suruh hangpa pi dok urut2 depa .bodek kiri kanan .
dok ehh .just..(skiping lagi),jaga adab tutur kata tu . kan manis kalau gitu ,kan mak jah kan? kan?Bila kita dah jaga aty ,comfirm lah mereka akan 'jatuh hati' pulak dgn tulisan kita . dah la lawa ,siap tulis dgn jenis 'GEORGIA' lagi .overseas tuuu . haa ..
So ,berbalik pada pendapat En.Ben kita tadi tu ,penulisan kan . Ha,baru teringat . Puteri nak bagi pendapat . zaman canggih ala moden ni ,bila tgk ,ejaan pun dah berbeza .(diri sendiri pun sama terpengaruh ) ..ala ,takat sikit2 tu jadi lah .takmau la 'over' pulak .Rasanya semua tu bermula bila start ber'SMS kot .Faham tak ?ke nak contoh ?ok .meh sini ..
'Phagi thadi en , saia pergiey pa-sar..nampax ikan two main kejar2 . terkejut lha orunk kad c-two ..saia pownn terus pergiey balay poleece untux laporkan kejadian two ,,'
ok .tuan2 puan2 sekalian .itu hanya contoh ye ,tak de kena mengena dgn hidup @ mati .Ha..tergeliat tak lidah nak menyebut ? tak?tipu la ..cuba baca betul2 ikut ejaan tu .hehe..
Puteri nak buat ayat tu pun cukup tergeliat usus ni .
Dapat gambaran tak ? So, bagi Puteri lah kan ,nak taip macam tu dalam entry , sungguh tak patut .bukan menghalang , tapi itu dah kira menyusahkan rakyat jelata untuk baca post korang .Bukan ke tujuan jari kita menari2 di keyboard ni untuk sampaikan cerita dan untuk dikongsi ? Ataupun ,ada yang beranggapan untuk saje2 , bukan untuk semua .Hah ,kalau macam tu , pi kedai 2 Ringgit ,cari mangga ,kunci blog hangpa .(macam kejam je ayat)..
Minta maaf ye , tak de maksudkan siapa2 pun .cuma nak share pendapat ,sebabnye Puteri juga seorang pembaca . Bila kita sendiri jadi pembaca ,mesti dapat nilai blog tu macam mana,blog ni macam mana .ok tak gaya tulisan nya??kalau ok ,teruskan follow dan jadi pembaca setia .kan bagus mcm tu ..^_^
Selama 6 bulan Puteri berblog , macam2 gaya dah jumpa . Ada yang ok ,ada yang k.o ..
'eh , jadi pengkritik pulak ye kau,Puteri . Blog kau pun bukan bagus sgt .'Err . bukan ,bukan tu maksudnya .cuma kita sendiri akan dapat nilai mana yang elok dibaca dan yang tak elok .
eh , panjang pulak berpuitis hari ni kan ? kejap lagi nak publish lagi satu entry .ada kaitan jugak la dgn entry ni .Nak je gabung kat sini ,tapi ..huargghh .ngantuk nyer .kata org yg sedang baca ni .kan?kan ?hehe..so ,,bersambung kejap lagi ye ..
Tuesday 22 May 2012
DIET ..DIET..ANTARA FAKTA DAN MITOS..
Terdapat pelbagai mitos dalam berdiet yang disebarkan dan menyebabkan ramai yang terpedaya dengan mitos tersebut. Jadi, jangan tertipu dengan mitos diet! Jom tengok mana satu mitos mana satu fakta dalam berdiet!
MITOS : Jangan Makan sebelum tidur
FAKTA: Kenyataan di atas benar, TETAPI mengikut kata Dr.Michael Triangoto, penulis buku Langsing dan sihat dengan terapi Sukan berkata bahawa kebanyakan orang tidak mahu makan malam kerana mahu mengelakkan lemak terkumpul di dalam tubuh, secara teorinya tindakan tersebut memang dapat mengurangkan jumlah kalori, tetapi ia tidak praktikal. Ini kerana, perut yang kosong dalam tempoh 12jam akibat tidak mahu makan akan menurunkan kadar gula di dalam darah. Anda akan berasa sangat lapar dan seterusnya akan mengambil makanan secara berlebihan!
MITOS: Elakkan minum air putih dengan ais
FAKTA: Minum air putih dengan ais dikatakan akan menyebabkan perut buncit dan meningkatkan berat badan. Anda perlu tahu bahawa air putih sama ada berais atau tidak sebenarnya tidak mengandungi kalori. Minum la seberapa banyak mana pun, anda tidak akan menjadi gemuk!
MITOS: Jangan makan nasi dan juga mee
FAKTA: Nasi dan Mee merupakan kaborhidrat yang tinggi dan kedua-duanya merupakan sumber tenaga. Mengabaikan salah satu daripada kaborhidrat ini, seolah-0lah anda mengaibaikan diet sihat kerana jumlah nutrisi penting tidak dapat dibekalkan di dalam badan. Apa perlu anda buat?? Kurangkan bukannya tidak makan! Pilihlah kaborhidrat kompleks seperti sayur-sayuran, whole grains, atau biji-bijian.
MITOS: Telan pil, lebih cepat langsing
FAKTA: Pil pelangsing tidak mampu membuatkan anda lebih cepat langsing tanpa senaman dan diet yang sihat! Namun, pil pelangsing boleh membantu untuk program penurunan berat badan. Pastikan anda mendapat nasihat doktor untuk mencuba mana-mana pil pelangsing. Percayalah senaman dan diet yang sihat mampu menurunkan berat badan dengan lebih berkesan berbanding pil pelangsing!
“Jom berdiet dengan sihat!”
Tajuk : Segmen 24 Jam : Bloglist Miss z
Monday 21 May 2012
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA ...
~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.
Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.
"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.
"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.
"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.
"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?
"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.
2. Irma Hasmie..
~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.
“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia
Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.
“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.
3. Abby Abadi...
~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.
Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.
Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.
“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.
4. Diana Amir...
~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”
“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.
“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”
Alhamdulillah... ^_^
KE RUMAH KAWAN ADA ADAB KAN?DALAM MASJID PUN ADA ADAB..
Subscribe to:
Posts (Atom)