“Ana.. Ini emak.. Emak..” Walaupun tiada jawapan diterima, Aminatul Sa’diah Mat Jihin tidak pernah berhenti berharap agar suatu hari nanti permata hati bongsunya, Noorliyana Shari akan menyahut panggilan itu.
Takdir menentukan bahawa Noorliyana, 26, atau mesra dipanggil Ana berubah daripada seorang gadis yang lincah berlari-lari di padang bola jaring menjadi seperti bayi yang memerlukan perhatian sepenuh masa.
Dengan menggunakan sisa-sisa kudrat yang ada, Aminatul, 60, mendukung Ana ke bilik mandi dan tugas itu disambung pula dengan memberi makan sebelum beralih kepada rutin harian untuk membersihkan kawasan perbaringan Ana.
“Mak cik sentiasa memastikan Ana bersih kerana khuatir keadaannya akan memudahkan dia terkena penyakit. Malah, cadar tilamnya juga akan diganti setiap hari walaupun perlu menggunakan cadar lama,” kata Aminatul.
Tidak pernah sekalipun Aminatul melepaskan pandangan daripada memerhatikan Ana dek kerana menyedari gadis yang bercita-cita mahu menjadi seorang pramugari itu sekadar boleh memberikan isyarat untuk meminta sesuatu.
Ketika insan lain lena diulit mimpi, Aminatul berada dalam keadaan berjaga-jaga jika Ana memerlukan sesuatu.
“Ana tidak betah berada dalam keadaan panas dan dia juga pernah meminta agar dimandikan pada waktu tengah malam. Bagaimanapun mak cik tidak mahu berbuat demikian dan sekadar meletakkan tuala basah di dahinya,” katanya.
Kemalangan itu meragut segalanya...
Mengimbas kembali kemalangan ngeri tahun 2003 yang ‘merampas’ usia remaja Ana. Aminatul menyatakan hatinya berat untuk mengizinkan anak bongsunya keluar makan malam bersama kakak angkatnya dan seorang lagi rakan.
Ana hanya memberitahu untuk makan malam sekitar kawasan Klang. Tetapi rupanya mereka berubah fikiran ke Sri Hartamas. Di situlah bermulanya kemalangan ngeri yang menimpa Ana yang pada ketika itu berusia 17 tahun.
“Mungkin kerana memandu laju mengakibatkan kereta dinaiki terbabas lalu Ana yang duduk di belakang tercampak keluar dari kereta. Kepalanya terhantuk di pembahagi jalan sehingga tempurung kepala pecah.
“Sementara dua lagi rakannya turut tercampak tetapi mereka lebih bernasib baik kerana jatuh di atas rumput,” kata Aminatul memulakan cerita.
Pada mulanya Aminatul tidak mengetahui Ana mengalami kecederaan parah. Sebaik mengetahui berita tentang kemalangan itu, Aminatul segera ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan hanya mengetahui salah seorang daripada mereka berada dalam keadaan serius.
Memujuk hati sendiri bukan Ana mangsa itu, tetapi apakan daya luluh hati ibu melihat Ana terlantar koma dan kehilangan separuh tempurung kepala di bahagian kanan.
“Mak cik tidak menyangka kecederaan yang dialami Ana begitu teruk. Selepas pembedahan, dia koma selama dua bulan. Mak cik dan anak-anak lain bergilir menjaganya di PPUM,” ceritanya sebak.
Lebih sayu, Ana hampir kembali kepada Maha Pencipta apabila doktor memutuskan untuk menghentikan alat bantuan pernafasan kerana selama koma Ana tidak memberi sebarang reaksi.
Seluruh keluarga berkumpul menunggu mesin pernafasan dihentikan. Walaupun hati begitu hiba namun Aminatul reda mungkin inilah yang terbaik buat Ana. Tetapi buat kali terakhir, doktor memberi peluang kepadanya untuk berkomunikasi dengan Ana.
Sambil mengesat air mata yang mengalir deras Aminatul berbisik kepada Ana, “Ana ini emak Ana, ini emak, emak ada dekat sini.” Takdir Allah mengatasi segalanya, Ana tersentak dan memberi tindak balas.
Betapa gembiranya hati ibu tunggal ini. Bagi Aminatul tiada apa dapat mengembalikan semula senyumannya selain melihat Ana bergerak semula.
Bantuan
Selepas sedar dari koma, Ana terus dirawat di PPUM. Sebulan kemudian, barulah dia dibenarkan pulang. Saat itu, kesihatannya beransur pulih. Ana masih boleh bergerak, bercakap dan duduk di atas kerusi roda.
Pun begitu, demi membaik pulih kecederaan dalaman terutama di bahagian otak, Ana terpaksa menjalani banyak pembedahan yang menelan belanja puluhan ribu ringgit.
Selepas lima tahun, Allah memberi ujian sekali lagi kepada mereka. Ana diserang sawan yang mengakibatkan dia tidak lagi boleh bercakap dan lumpuh sebelah kiri. Ana hanya terbaring di atas tilam dan memberikan isyarat tangan sekiranya menginginkan sesuatu.
Sedih memikirkan masa depan anaknya, Aminatul teringat kembali kata-kata Ana, "Ana tidak mintak ini terjadi, maafkan Ana Emak."
"Ini dugaan yang perlu ditempuhi, selama sembilan tahun mak cik masih mampu menguruskan Ana dan menjaga dia dengan sebaik mungkin," katanya.
Walau sudah tiada lagi sinar kehidupan buat Ana dan tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi Aminatul kasih ibu tiada batasnya. Selagi masih bernyawa dan mempunyai kudrat, Ana tidak akan ditinggalkan keseorangan.
"Orang pernah berkata emak boleh jaga 10 orang anak, 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang emak," katanya.
Kadang-kala terdetik juga di hati Aminatul sekiranya dia pergi dahulu, pelbagai persoalan timbul tentang siapa akan menjaga Ana seperti dia menjaganya dengan penuh kasih sayang. Dia juga gusar memikirkan sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan Ana.
“Ana minum susu khas dan perlu mengambil ubat-ubatan serta menjalani rawatan di hospital. Kos lampin pakai buang dan susu mencecah RM500 sebulan, itu belum termasuk rawatan dan ubat,” katanya yang mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Ana, anda boleh hubungi nombor ibunya, Aminatul di talian 016-2806090 atau masukkan wang ke akaun Maybank 112214095785 (Aminatul Sa’diah Mat Jihin). Segala sumbangan anda amat dihargai, semoga Tuhan sahaja yang membalasnya.

credit to: SinarHarian