KE RUMAH KAWAN ADA ADAB KAN?DALAM MASJID PUN ADA ADAB..
Selamat petang semua . hari ni kita bertemu lagi dalam rancangann...err .abaikan eh .hehehaa,,sebenarnye mcm ni ,semalam lagi nak update entry pasal ni ,tapi memandangkan semalam agak sesak nafas nak tarik nafas ,so ,Puteri terpaksa la tangguh majlis tazkirah ni dan sambung pada hari ni .^_^
Okeh,straight to the point ,semalam pukul 9-10 pagi ,Puteri ,bersama sofa,meja kat depan tv ,dok tgk rancangan 'Assalamualaikum' TV AL-HIJRAH tuu .penah tgk x?Laa,,awat nya x penah tgk?Puteri dah baru kali pertama tgk,semalam .hihi (teruk2)
Banyak sgt2 ilmu yg dpt .So ,Puteri nak share tentang 'ADAB2 KETIKA DI MASJID'..haa,sokmonya kalau kita bertandang ke rumah kawan ,kompem ,kita jaga adab kan ? tak kan lah 'menonong' je masuk2 ,pegi bancuh air kat rumah dia .ehh,malu2 ..so ,kat rumah org kita boleh ,tak kan la kat 'rumah ALLAH' kita x boleh?tak payah minta izin pun nak masuk ,cuma perlu jaga adab .betul tak ?
Bukan kat dalam masjid jer kita kene jage ,tapi kat luaq pon kena jaga jugak .maksudnyer,sebelum entry pon kene la beradab jugak kan .tak kan la kat pintu masuk nuh nak p korek idung?tak patott..Jom,sama2 praktikal dan share pada kawan2 ek !
'ADAB2 KETIKA DI MASJID'
* Masuk dgn langkah kanan .Haa,kalau dah terlangkah dgn kaki kiri,sebenarnya tak mengapa ,tapi tak jadi masalah kalau korang nak 'reverse' balik .ambil lajak balik ,n masuk semula .=)
*Baca Basmalah ketika melangkah masuk . ala,'Pause' la kejap ,sambil2 tu ,baca basmalah ni ..
*Baca doa masuk masjid .
--doa ni senang je nak ingat ,kalau untuk masuk ,ingat la "rahmatika' tu .bermaksud ,rahmat .sebelum kita masuk ,mesti la kita nak mohon Allah limpahkan RahmatNya kan?sebabnye,sewaktu berada dalam masjid la rahmat Allah bercucuran ..--bagi doa keluar pula , ingat 'fadlika' .kelebihan@kemurahan .maksudnya ,lepas kita keluar masjid ,pastinye tujuan kita keluar ,nak cari rezki ,buat amal di luar pulak kan?so ,waktu ni kita mohon la Allah permudahkan dan berkati rezki kita tu .
Haa..itu dia antara adab2 yang asas perlu kita tau .Next :
adab2 di dalam masjid.
# Niat iktikaf = lafaz yang kita tgk kat dinding2 masjid tu ,tu cuma nak ingatkan kita je supaye niat iktikaf.Tak wajib pon ikut ayat formal tu .asalkan kita ade niat nak iktikaf pon jadi lah .
^ iktikaf sah walau dalam tempoh seminit mengikut Mazhab Shafi'e ^^walaupun sementara nak tggu kawan , masuk je dalam & niat iktikaf .dah dpt pahala ^
# Solat sunat Tahiyatul Masjid . ^ jgn duduk lagi waktu dah masuk tu .terus dirikan sunat tahiyatul masjid ni ^^ tapi kalau terlupa ,boleh bangun ,dan solat ^^ sebenarnya ,tak perlu sampai dua kali solat sunat .contoh ,niat nak buat Sunat Dhuha dan Tahiyatul Masjid.Tak mengapa juga kalau kita nak gabungkan kedua2 solat tu dalam satu niat dan solat .maksud gabung tu ,boleh dirangkumkan sperti : 'sahaja aku solat sunat Dhuha dan tahiyatul masjid ,2 rakaat kerana Allah Taala'..
^ ATTENTION! hanya solat sunat sahaja yg boleh digabungkan .^tak boleh digabungkan sekali dgn solat Fardhu.
# Solat berjemaah . Makruh kalau ada org sedang berimam di depan,kita solat sendirian di belakang .kalau tanpa sebab tertentu lah .Kan bagus kalau kita join sekali .dapat pahala berlipat ganda .kan?kan ?
# Lepas siap solat ,sebaik2 nya ,bersalamanlah dgn makmum2 yang lain .gugur dosa2 kita nanti :)
# Oppss..sebelum keluar buat apa??baca doa dulu ye ,kawan2 ..langkah kaki kiri ..
SELAMAT BERAMAL!
nak info terbaru?jom..-KUCING??-PERCUTIAN MUSIM CUTI NANTI-OH MY ENGLISH!-KERETAPI KL- KLIK JE