Tuesday, 22 May 2012

DIET ..DIET..ANTARA FAKTA DAN MITOS..



Terdapat pelbagai mitos dalam berdiet yang disebarkan dan menyebabkan ramai yang terpedaya dengan mitos tersebut. Jadi, jangan tertipu dengan mitos diet! Jom tengok mana satu mitos mana satu fakta dalam berdiet!


MITOS : Jangan Makan sebelum tidur
FAKTA: Kenyataan di atas benar, TETAPI mengikut kata Dr.Michael Triangoto, penulis buku Langsing dan sihat dengan terapi Sukan berkata bahawa kebanyakan orang tidak mahu makan malam kerana mahu mengelakkan lemak terkumpul di dalam tubuh, secara teorinya tindakan tersebut memang dapat mengurangkan jumlah kalori, tetapi ia tidak praktikal. Ini kerana, perut yang kosong dalam tempoh 12jam akibat tidak mahu makan akan menurunkan kadar gula di dalam darah. Anda akan berasa sangat lapar dan seterusnya akan mengambil makanan secara berlebihan!
MITOS: Elakkan minum air putih dengan ais
FAKTA: Minum air putih dengan ais dikatakan akan menyebabkan perut buncit dan meningkatkan berat badan. Anda perlu tahu bahawa air putih sama ada berais atau tidak sebenarnya tidak mengandungi kalori. Minum la seberapa banyak mana pun, anda tidak akan menjadi gemuk!
MITOS: Jangan makan nasi dan juga mee
FAKTA: Nasi dan Mee merupakan kaborhidrat yang tinggi dan kedua-duanya merupakan sumber tenaga. Mengabaikan salah satu daripada kaborhidrat ini, seolah-0lah anda mengaibaikan diet sihat kerana jumlah nutrisi penting tidak dapat dibekalkan di dalam badan. Apa perlu anda buat?? Kurangkan bukannya tidak makan! Pilihlah kaborhidrat kompleks seperti sayur-sayuran, whole grains, atau biji-bijian.


MITOS: Telan pil, lebih cepat langsing
FAKTA: Pil pelangsing tidak mampu membuatkan anda lebih cepat langsing tanpa senaman dan diet yang sihat! Namun, pil pelangsing boleh membantu untuk program penurunan berat badan. Pastikan anda mendapat nasihat doktor untuk mencuba mana-mana pil pelangsing. Percayalah senaman dan diet yang sihat mampu menurunkan berat badan dengan lebih berkesan berbanding pil pelangsing!
“Jom berdiet dengan sihat!”
Comments
0 Comments

No comments: