Saturday 31 March 2012

SeRiOusLy Lawak..hehe

Selamat Petang sume..dah minum Teh O cicah Biskut??
ataupon nasik patayya?(tibe plak)
oke2,,nak share gambo je nih..ala,puteri jumpe kat umah Pakcik Google je td.
saje gatal tgn nak publish post ni..x slh an?hehe
ok..silalah ..sila2..


*yg ni,xtau la nak kata lawa lawak or seram..ngee~



*kalau betulla ade,pengsan sume..haha

*kepada sesape yg suke tidoq lam klas(mcm aku),cer try wat gni..


*kreatif gak kan?sape la pengasas make up ginih..


*atotoooo..comeinga comeynyer..hehe

*ya allah..awat lah bg baby tu tidoq kat lantai..ish3..bapak mana ni..haha


*rambut kusut?sila dptkan nasihat Pakcik Lion diatas nih ^_^

********

ni plak kisah 3 bangau bersaudara tgh lepak2..ikutilah lepaking dorg nih..



*moral,,bgtau jela kalao korang dah terkentut tuh..toksah nak smbunyi dah.hhihih

#oke..takat ni jelah yer,,tu untuk cuci gusi jap je,,hehe
kalau agak2 muke tu serious sgt,senyum2 la slalu yaw..
==senyum slalu deh!==

Tuesday 27 March 2012

JoHaRa?ape menda tuh?hehe


selalu dgr JOHARA kat EraFM x??
puteri xpernah lagi la..nak promote je ni,,hehe
kalau sesape yg berminat,sila..
Klik Sini untuk maklumat lanjut ek?


BAYI AJAIB DILAHIRKAN TANPA DARAH??



bIAR bETOL??
Subhanallah...
ok,untuk keterangan lanjut,sila ke SINI
Selamat Membaca!

Monday 26 March 2012

KEMANA NAK PERGI NIH??


Kemana Hala tuju anda selepas SPM?
Demam SPM sudah bermula. Demam ini bukan dirasa oleh pelajar yang mengambil SPM sahaja bahkan ibu bapa dan guru-guru juga turut merasa tempiasnya. Teringat kenangan mengambil SPM dahulu, waktu mentelaah terasa sangat cepat berlalu dan di saat-saat akhir, terasa macam terlalu banyak benda yang belum difahami, terlalu banyak benda yang baru diketahui walhal sudah lama subjek-subjek tersebut dipelajari. Mulalah rungutan seperti :
“Kalau aku study dari awal lagi, mesti lagi faham punya”
“oh.. macam ni ker?? Apasal aku baru tau”
“Banyaknya nak baca..nak baca yang mana satu ni”
“Dah tak banyak masa ni”
Ramai  pelajar mengambil ringan tentang SPM. Tahukan anda hala tuju anda selepas SPM nanti? SPM agak penting. SPM juga seperti ‘platform’ untuk kita mengilap dan mengenal potensi diri kita. SPM juga seperti satu latihan untuk anda mengenal pasti minat dan kebolehan anda. Contohnya melalui subjek yang anda ambil, jika anda mengambil subjek Biologi anda mungkin minat kearah sains perubatan manakala jika anda mengambil subjek Kejuruteraan anda mungkin akan terdorong ke alam Kejuruteraan. Ini tidak bermaksud anda perlu fokus terhadap subjek tertentu sahaja, anda perlu fokus dan seimbangkan keputusan dan kefahaman anda untuk seluruh subjek.
Kemana hala tuju anda selepas SPM? Jika anda seorang pelajar yang ingin Berjaya anda perlu menetapkan Azam kemana anda selepas SPM nanti. Azam atau impian akan mendorong kita untuk lebih berusaha mencapai apa yang diimpikan. Tepuk dada, Tanya diri anda kemana anda selepas SPM?
ERM..pikir2 kan la yer..ISTIKHARAH n BERDOA k!

CUBA LA SELAGI ADA CARA


14 petua untuk hilangkan jerawat
Petua 1
CAMPURKAN air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda.
Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa.
Petua 2
CAMPURKAN beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.
Petua 3
GILING beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .
Petua 4
AMBIL 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .
Petua 5
PARUT temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .
Petua 6
AMBIL sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air .
Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 7
PARUT jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .
Petua 8
BASUH muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.
Petua 9
AMBIL air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .
Petua 10
GILING sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .
Petua 11
TUMBUK lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam .
Kesannya tentu memuaskan hati anda .
Petua 12
AMALKAN memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selau diamalkan jerawat akan kering dan pupus .
Petua 13
AMBIL segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu)
Petua 14
JERAWAT sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka.Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih.Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu, muka anda tidak akan ada masalah lagi.
Petua Last
Kalao agak2 x sembuh lagi,cube sental dgn berus sabut..ada beran??hehe..guraw aje la..=)
ok,selamat membaca & mencuba!try n error k..hee

JOM AMAL SOLAT DHUHA!


PANDUAN SOLAT SUNAT DHUHA

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"








++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams ataupun ayat kursi)

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha

Doa yang disarankan

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh” amin...

Sila SHARE dengan sahabat BLOG & FB yer..

~"Rajin" Betul Makcik Ni~

 
Masa'al khair!
apa habaq suma??
tgk tajuk td,agak2 mikir pe la tu aih?
ceq nak habaq ni ja..meh2 baca.
nak habaq mai ni
ceq baru ja buat blog lagi satu(mak aihh,tamak btul!)
ikut hangpa la nak ckp pa.haha
ceq saja ja try test nak buat blog yg simple.
xpa la..ada masa,hangpa jnguk2 la eh?
eh2!kejap..nak bg link la..dahtu,cmna hangpa nak p sana.hehe
ok..klik this>>My Second Blog
ok..kalao sudi,hangpa folow ek.xdak folower lagi la.hehe
ok.done.=_=
assalam..

Sunday 25 March 2012

JOM KENALI BEN ASHAARI


Selamat tengahari belaka!hehe
oke,,arini sy jalan2 kat fb cik Lyssa Faizureen

Lyssa_SecretSegmen 2 jam : Khas buat mereka yang baru je bergelar blogger .. -www.benashaari.com ·  ·  · 4 minutes ago · 



so..mcm menarik jek segmen ni,,then i decided nak buat satu entry untuk segmen tuh!

BEN ASHAARI

haa,,untuk para blogger..tipu la kalau x kenal Ben Ashaari ni kan?
atau ade masih yg x kenal?
so..sbb tula encik Ben ni wat satu segmen..
haa..jom la kenalan ngn beliau!
just klik ni ok?

ok..done..=)
happy blogging!




~~Dapat ILmu Baru La..~~


sobahannur semua..=)
hari ni sy dpt ilmu sikit..ni nota dr UAI.
sy amik dr fb jek..tp bermanfaat bg kita semua tau.
ok..SELAMAT MEMBACA!

Nota kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Surau Pak Tuyu,Kuala Terengganu. (23/03/12)

-Kitab Muhimmah-
Bab: "isteri kurang akal"



1. Hal didalam rumahtangga adalah "berat" kerana ianya melibatkan "orang".Nak urus org yg byk karenah,ada baik dan buruk bila ianya melibatkan "orang".


2. Dalam rumahtangga suami tidak hanya perlu jd baik je,itu saje tak cukup..byk lg sifat yg perlu ade bg seorang suami.


3. Suami perlu kuat sabar bila nak hadapi masa "kurang akal" si isteri,byk ragam yg perlu suami akan hadapi bila dah b'isteri.


4. Bila b,'isteri,kita akan dpt nikmat yg besar dan drpd itu juga si suami akan dpt ragam dan karenah dari si isteri.


5. Bila b'isteri si suami akan menanggung beban yg lebih teruk dari masa bujang..

6. Bagi yg dah b'isteri,suami perlu ade sifat "halim" iaitu lemah lembut dan sabar..maksud lmbut tu bknla lembut mcm org pondan.


7. Suami perlu terima dan setuju ape saje karenah isteri kerana dah fitrah si isteri memang kurang akalnya,kne kuat sabar..


8. Wanita berasal dari tulang yg bengkok tidak akan betul dulu,kini dan selamanya..


9. Fitrah si isteri memang akan lwn si suami,tak kira siapa..jd suami kne pndai nak hadapinya.Isteri jgn ambik kesempatan atas sifat sabar si suami.


10. Suami jgn t'lalu serius jika m'hadapi situasi isteri yg kurang akal,mengalahlah..


11. Kebanyakkan isteri lbh suka penuhi keperluannya t'lebih dulu tanpa memikirkan keadaan suami,suka cari pasal pd perkara yg remeh.


12. Jgn b'keras dlm semua perkara dgn isteri,tp kalau b'kaitan agama barulah blh b'keras..perkara yg kecil2 biarkan je..


13. Bukan semua isteri m'datangkan masalah pd suami,tetapi kbykkannya ramai yg suka buat masalah..nk jumpa isteri solehan sprti 1 ekor gagak putih dlm 200 ekor gagak hitam.


14. Si isteri kena pandai dan tahu keperluan suami,tak perlu kena bgtau acap kali perkara yg sama..ni tidak,selalu je buat hati suami jd sakit..jgn ckp byk kalau tgk suami tgh rehat atau mkn.


15. Bila isteri sedang marah2,si suami kena sabar..jgn lwn x tentu hala,jika lwn jgk boleh undang pbalahan..hadapilah karenah org kurang akal dgn baik.


16. Sebagai seorang lelaki kalau lawan ngan seorang perempuan tak kan menang perempuannya..mengalah bkn ertinye kalah..


17. Isteri para Nabi pun suka m'jawab dan melawan jika ditegur,inikan pula kita hanya manusia yg lemah.


18. Orang lelaki yg belum kahwin jgn suka sgt,kene belajar menerima seadanye perangai bakal isteri..bawalah sifat sabar sblum kahwin ke alam rumahtangga.


19. Si isteri bila si suami tak lawan dia akan rasa dia hebat dan rasa suami tunduk pdnya,isteri begini dimurkai Allah dan telah menempah jalan ke Neraka.


20. Sukar nak cari rumahtangga yg betul2 sempurna,biasa lah kalau alami masalah dan karenah dlm rumahtangga ni.


21. Kalau boleh kembalilah seperti suasana mcm kita belum bkahwin,mcm masa bcinta..selalu ambik berat dan prihatin kat pasangan..


22. "mase mung dop nikoh agi kalu kekasih mung nok langkoh longkang hok lebor sejengkal mung tepik dop wi lakoh,sanggup mung pusing lalu kot jauh!!takutnye dia jatoh!pah je nikoh bile binim mung lalu kot tali air sanggup mung suruh dia lopat je tali air tu,binim mung lopat jugop la..sapa pah ke atah dua beloh kaki,doket jatuh dlm tali air"!!!!

===============================

~!> Soal jawab


1. Hukum pergi umrah pakai duit pinjaman PTPTN..?

-jika duit pinjaman itu memang khas utk tujuan pelajaran maka tak boleh buat umrah,gunakanlah duit itu utk pelajaran je..


2. Jika solat seorang diri tp niat jd imam atau makmum sah tak solat?

-sah solat,xde masalah jika niat imam kdg2 jin islam suka jd makmum bila kita solat seorg diri..mung jgn lari pulok kalu rasa ada org kat blkg..


3. Baca Fatihah ketika imam tak habis lg membaca Fatihah,apa hukumnya?

-sunat baca lepas imam selesai baca Fatihah.


4. Bekerja di sebuah redaksi majalah utk penerbitan majalah di universiti di bahgian unit grafik,segmen yg saya buat xde gambar yg x menutup aurat tp kwn saya dr unit yg sama buat design melibatkn gambar2 wanita yg dedah aurat..adakah saya turut dpt saham dosa?

-anda turut dpt share dosa kerana t'libat..mcm org wat konsert jgk..tukang buat poster,tukang pasang lampu dan sbgainya turut dpt dosa kerana t'libat scara lgsg atau x lgsg,


5. Dgr dlm radio ada ustaz kata Nabi s.a.w pakai cincin di jari kelingking dan permatanya diterbalikkan kat bwh jari,btl ke?

-wallahua'lam..yg pasti Nabi pkai kat jari manis atau kelingking dan memakai permata akid dari yaman.


6. Sekolah saya wajibkan pelajar utk solat jemaah kat sekolah pd waktu balik,kalau saya ponteng dan solat kat rumah boleh tak?

-kenalah ikut peraturan sekolah kecuali ade hal dan masalah sperti baju kotor dan sbgainya.


7. Imam Nawawi b'kata dlm syarah sahih muslim,para ulama sepakat melarang solat dgn pkaian dan lengan baju t'gulung atau rambut terikat dan disembunyikan dlm serban..semua itu dilarang b'dasarkan kesepatan ulama,mohon ustaz jelaskan?

-baju t'lipat dan rambut terikat ini hanya makruh je,bkn haram..tak perlu susah,bkn sepakat pd perkara wajib pun.


8. Masuk wad dan bilik solat sedang dibaiki,nak solat atas katil wad sah tak?

-tak ada masalah,cuma bimbang bila solat atas katil kita blh jatuh atau byk p'gerakan je,hampar surat khabar kat lantai pun blh solat jgk..


9. Apakah hukum melakukan aqiqah utk anak lelaki sebahagian pd tahun ini dan sebahagian pd tahun dpn?

-jgn salah faham ttg aqiqah ni,aqiqah hanya skali seumur hidup..walaupun sebahagian je kita mampu,dah sah aqiqah t'sebut..


10. Ada org kata,ibu tak blh perah susu dlm botol utk diminum oleh anak kerana susu bila t'pisah dgn ibu ia tlh jd darah,betul ke?

-tak betul,tp jika betul susu dlm botol b'tukar jd darah barulah haram diminum.


11. Apa hukum isteri ambik duit suami tanpa izin utk beli beras dan brg keperluan?bila mintak suami tak bg.

-harus seorg isteri ambik duit suami jika suami tak bg nafkah,tetapi jika duit yg diambil itu utk kgunaan sendiri haram ambik.


12. Tgk mayat yg dimandi dan dikafankan diberi pkai kopiah,blh ke ustaz?

-boleh tp tak wajib,hak mayat hanya tutup auratnya dgn kain kafan.


13. Hukum pukul anak umur 2 tahun,tp xla sampai ade kesan pukul..blh tak?

-pukul utk tujuan mendidik boleh..


14. Batal wudhuk tak jika keluar keputihan ketika solat?

-batal wuduk dan solat jika keluar sesuatu dari kemaluan dpn dan belakang.


15. Majikan saya tak solat,mcm mane ngan status gaji saya?

-xde masalah,pendapatan halal..cuma majikan yg bdosa.


16. Pemimpin wanita hulur tgn utk b'salam dlm majlis,boleh tak b'salam nk rai kan dia..b'dosa tak?

-Nabi s.a.w tak pernah b'salam dgn wanita,ikutlah sunnah Nabi baru kita selamat..Nabi hanya berbai'ah utk raikan wanita..mana besar pangkat pemimpin wanita tu ngan Nabi?


17. Hukum korek lubang hidung kawan ketika bulan puasa,batal tak puasa kwn saya?

-mu tak dok keje sgt doh!tak batal,mu korek dan jolok la sampai siku pun,tak batal jugok..kalu diri sendiri yg buat dan sampai had batin br batal.


18. Saya baru kahwin,walaupun saya bkn pelajar pondok tp saya nk isteri saya b'niqab..tetapi mak mertua saya marah dia kata kat isteri saya jgn blk rumahnya kalau b'niqab..mcm mane ni ustaz?

-jgn paksa dlm pmakaiaan niqab,kne p'lahan-lahan jgn t'lalu mengejut..ibu mertua anda mungkin jahil dlm agama..


19. Batal wuduk tak pegang kemaluan binatang?

-mu takdok keje sgt doh ke nk pegang kemaluan binatang!mgkin doktor haiwan kot..pegang kemaluan binatang tak m'batalkan wuduk..peganglah seminggu pun.


20. Ade ustaz lain kata tahlil tak sampai pd si mati,btl ke?

-jgn b'balah dlm menda khilaf,ada pendapat yg muktabar yg kata sampai pahala yg disedekahkan oleh org hidup..
"bila mati seorg anak Adam maka t'putuslah amalannya" pahala yg disedekahkah tetap sampai kpd org yg telah mninggal dunia.


21. Batal tak puasa org yg jalani rawatan hemodialisis?

-tak batal puasa,yg batal jika ia melibatkan rongga badan..


22. Syirik tak jika gunakan khidmat bidan utk naikkan seri pengantin?

-ada yg syirik dan ada yg tak syirik,jika ia melibat susuk atau perkara yg b'tentangan dgn syarak maka haram dan syirik p'buatan..tp kalau setakat b'hias dan solekan yg tak b'lebihan tak la jd syirik..nak jd pengantin yg berseri kena la jaga akhlak,yg tak cantik pun nampak cantik jika molek akhlaknya.

Saturday 24 March 2012

APA ITU S.T.A.M??


Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. Peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember 2000
STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.

Objektif Kursus

STAM juga diperkenalkan untuk memastikan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Al-Azhar dan universiti yang setaraf dengannya di dalam dan di luar negara, terdiri daripada mereka yang benar-benar berkualiti dan dapat memiliki ijazah dalam jangka masa yang paling singkat.

Kemasukkan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar kini dibuat melalui lebih kurang 26 jenis sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan pelbagai sekolah seperti Sijil Tinggi Ugama. STAM diperkenalkan agar sistem dan syarat kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar akan lebih selaras.

Syarat Kemasukan

Kurikulum yang akan menjadi asas STAM ialah kurikulum Ma'ahad Bu'uth Al-Azhar yang telah dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif, Kaherah, Mesir dan digunapakai sekarang di SMAN dan SMAR di negara ini.

Senarai Subjek

  1. Hifz Al-Quran dan Tajwid (Bertulis dan Lisan)
  2. Fiqh (Bertulis)
  3. Tauhid (Bertulis)
  4. Tafsir dan Ulumuhu (Bertulis)
  5. Hadith dan Mustolah (Bertulis dan Lisan)
  6. Mantiq (Bertulis)
  7. Nahu (Bertulis)
  8. Sarf (Bertulis)
  9. Insya' (Bertulis)
  10. Adab dan Nusus (Bertulis)
  11. Mutala'ah (Lisan)
  12. Arud dan Qafiyah (Bertulis)
  13. Balaghah (Bertulis)

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah seperti berikut :
  • Sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pelajar yang lulus Bahasa Arab SPM ( percubaan SPM diambil kira )
  • Sekurang-kurangnya 2 tahun bagi pelajar yang gagal atau tidak mengambil Bahasa Arab SPM.
Pelajar yang lulus STAM layak menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar ( tahun 1 ), IPTA dan IPTS tempatan serta mengikuti diploma di IPTIPs.

BAru Lepas..

hey sume...klik sini..
wat pengetahuan sume,,sy baru jek daftar nufnang n churp2..sume ni gara k.Lysa Faizureen la yg promote..hihi
berhari2 nak daftar ni xlepas2..xtau lah nape..sbb x reti kot!=)
so,lpas ni..arap korg bole la tlg saya untuk klik n klik..
ok..sampai sini je entry hari ni..ketemu lain kali ya!
(awat jadi minah indon ni??)
ape2 jelahh..hehe..ok..assalamualaikum

Thursday 22 March 2012

~~Tarikh Keramat~~

 

Berakhir sudah penantian selama ni..semua dah terbukti..yg mana berjaya,tahniah di ucapkan ye..
21.3.2012..pnuh makna tu..hehe..yela..result SPM la.ape lagi kan..so,kat sini,nak share ceritera sal smlm..
10.30 pagi : bertolak dari rumah,,hati dupdap..=)
11.00 pagi :waa...ramainye..dpt jumpe kawan2 lame la..suke sgt..(mcm reunion plak)
11.15 pagi :sempat lagi g minum2 kopi kat kantin..(bukan kopi,sirap jek)
11.30 pagi : dok termenung dpn pjbt..lama sgt nak kuanye..hehe
12 tghari    : debaran kian terasa..
>>>saatnya sudah tibe<<



Ni lah wajah2 ceria kawan2ku..aku tumpang gembira ngn korang!


Eirra bersama slipnye..hehe

*tu dia..ramai nye yg menenggek kat ats nuuu...


haa,,nmpak x Frame tu??tulah tandanya budak cemerlang..tahniah Mira!

result aku??xpayah tau la ye..malu ceq..tp alhamdulilah result pon x sprti yg disangka..
Terima kasih ya Allah..

haa..dah dekat pukul 2 ptg dah..kami semua pon bergerak ke bandar n pi solat dan...


'kawan2!'
'jom g makan nak??'
'lapo r amik result'..haha
tu dia statement kawan2ku.ceq pon lapaq jugak tau..

so..tempat mana lagi la kami nak 'berkelah'..
kat sini jela..





so.,,takat ni jela entry kali ni...
pada kawan2ku,serta sume pembaca,tahniah saya ucapkan pada yg berjaya dalam SPM 2011
pada yg x berjaya,kurang berjaya(spt aku),jgn sedey2 tau..masih ada lagi peluang untuk hidup berjaya.
ok..La tahzan,,Innallaha ma'ana..
Insyaallah..jumpa lagi di entry yg lain..
Sekian..