Sunday, 8 April 2012

Tips Menuntut Ilmu


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat kita bernafas lagi di bumi milikNya dan menikmati nikmat-nikmat yang diberikan percuma kepada hambaNya. Selawat dan salam keatas nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Dalam siri ketegori ‘tips belajar’ ini, insyaAllah saya akan berkongsi ilmu yang diambil secara langsung berdasarkan pengalaman atau pembacaaan atau perkongsian rakan2 yang lain agar dengan adanya perkongsian ilmu ini, akan bertambah ilmu kita. Diharap dengan bertambahnya ilmu kita, maka akan bertambah jugalah iman kita dan bertambah dekat kita kepada Rabb, Allah SWT, insyaAllah..
‘murnikan niat anda..’
Saya pasti, bagi mereka yang biasa menghadiri kuliah2 agama, atau membaca/mendengar kaset ceramah motivasi, perkara yang pertama yang sering dikupas oleh panel penceramah adalah niat. Mungkin ada segelintir apabila membaca tajuk topik ini ada yang mengeluh kecil..(Jangkaan saya sahaja..)
“Alah, soal niat..dah selalu dengar dah..”
“Bosanlah asyik topik niat ja.. Bagi la tips yang lebih bagus lagi..”
Lihat?? Belum apa-apa lagi niat asal untuk menuntut ilmu telah berubah..Pada dasarnya kita membuka artikel ini untuk mencari ilmu, tetapi belum apa2 lagi telah mengeluh kerana kita menjangkakan kita telah tahu apa isi kandungannya..
Murnikan niat anda..
Bermulanya sesuatu ibadah itu dengan niat. Sama ada solat, puasa, zakat, haji sedekah dan lain2.. Jika baik niatnya, maka baiklah ibadahnya..Niat yang ikhlas akan mendapat ganjaran disisi Allah SWT..
Topik ini jika hendak dikupas merangkumi banyak skop. Saya ingin berkongsi pandangan dari sudut seorang pelajar dan mahasiswa. Ia nya lebih dekat dengan siri kita tips belajar..
Sebagai seorang pelajar, kita perlu jelas niat kita menuntut ilmu. Adakah kerana segulung ijazah? Adakah kerana hanya untuk mendapat kerja yang baik?? Adakah kerana kat sekolah ada awek? Atau kerana terpaksa sebab mak suruh? atau bermacam-macam sebab yang lain??
Untuk cemerlang, niat perlu dimurnikan..
Bunyinya seakan mudah bukan? Sesiapa boleh claim kata aku pergi belajar niat aku kerana aku nak berjaya la.. aku nak tuntut ilmu dan lain2 lagi reason..
Tetapi mengapa ramai yang pergi ke sekolah, kuliah atau mana-mana kursus untuk menuntut ilmu, bila di tanya apa yang telah dipelajari disana? Ada yang tidak berjaya nak terangkan..Kerana apa? Semasa dalam kelas, ada yang bersembang, ada yang menconteng buku, ada yang tidur, ada yang berangan dan lain2..
Pernah tak jadi macam nie?? Saya pun tidak terlepas dari masalah ini..Terutama bila subjek atau matapelajaran yang tidak disukai.. Natijahnya atau kesan perbuatan ini? Nah!! Keputusan tidak cemerlang. Cukup-cukup makan.. Kenapa?? Jawapan saya mudah, niat untuk menuntut ilmu itu tidak dimurnikan..
Kita ke kelas sebab terpaksa, kerana kedatangan, kerana mak suruh, kerana takut kena rotan dengan bapa jika ponteng sekolah..kerana..kerana..dan kerana.. Pelbagai alasan dicipta..
Berbeza dengan mereka yang datang ke kelas ikhlas nak menuntut ilmu kerana ALLAH. Untuk memperbaiki diri.. Untuk mendapat redha Allah..
Hasilnya??? Bila exam dapat keputusan cemerlang, ilmu yang di pelajari di amalkan dan pelbagai kebaikan hasil dari niat yang murni tersebut ketika menuntut ilmu..
Bagaimana nak murnikan niat kita tu??
Jujur pada diri sendiri, ikhlas dalam semua perkara yang kita lakukan dan berniat semua kerana ALLAH SWT dan bukan kerana nama, takut kena marah, dan lain-lain..
Namun begitu, murnikan niat sahaja tidak cukup jika tidak disertakan dengan amal perbuatan yang soleh..Maksudnya apa??
Yes, niat kita menuntut ilmu kerana sesuatu kebaikan, namun semasa menuntut ilmu tersebut, sekiranya kita tidak menghormati pengajar/guru.. Bersikap kasar kepada guru..Memburuk-burukkan pensyarah atau guru di belakang beliau..Bagaimana ilmu tersebut akan sampai kepada kita apabila kita tidak respect kepada guru yang megajar ilmu tersebut??
Walaupun ramai yang menganggap hal ini remeh, namun sebenarnya tidak. KEBERKATAN ilmu dari guru yang mengajar amat penting.
Mari berubah..
Buat rakan pelajar seperjuangan yang menuntut ilmu, mari sama2 kita murnikan semula niat kita setiap kali menghadiri sesuatu majlis ilmu.
Niatkan usaha kita untuk menuntut ilmu kerana sebagai tanda ibadah kita kepada pencipta kita Allah SWT.
Ikhlaskan diri untuk ke sekolah, kelas atau mana2 pusat penyampaian ilmu.
Berusaha sebaik mungkin untuk menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran yang sedang berlanggsung dan menghormati pengajar kita.
InsyaALLAH dengan melakukan sedikit perubahan memurnikan niat untuk menuntut ilmu ini, kita akan dapat lihat hasil yang baik kelak. insyaAllah.
***
“Ilmu itu cahaya, tempatnya di dalam hati. Jadi hati harus bersih dan suci supaya ilmu dapat bertapak dalamnya..”
Sebab-sebab ilmu susah bertapak dalam hati..
  1. Banyaknya dosa yang telah dilakukan.
  2. Memakan makanan yang syubhah dan haram.
  3. Tidak memohon keredaan daripada ibu bapa.
  4. Hati tertutup
  5. Belum mempunyai ilmu yang berkaitan sebagai asas.
***
Sama kita muhasabah diri dan memperbaiki diri.. Dan semuanya bermula dengan niat yang murni..=)
“Orang berjaya mencipta peluang, orang yang gagal mencipta alasan..”

Comments
0 Comments

No comments: