Tuesday, 10 April 2012

TerFeeling Kejap


image
Anakku ..
Ayahmu tiada harta untuk diwariskan padamu ..
Apa yang boleh ayahmu ini janjikan ialah isikan dadamu itu dengan ilmu dunia akhirat …
Carilah ilmu selagi boleh anakku .. Kerana itulah saja mampu ayahmu ini berikan .. Dengan ilmu itu kelak , wahai anakku .. Kau binalah kehidupanmu itu dan jangan sesekali ketepikan Islam , agama yang kita cintai ini ..

Anakku ..
Ayah tidak akan memberikan kemewahan dunia untuk mu. Kamu perlu berusaha sendiri dengan titik peluh mu  itu .. Dengan ilmu yang dipelajari , jadilah insan yang berguna pada agama , negara dan masyarakat . Apa guna wang ringgit berlambak tapi sedikit pon tidak berbakti ?
Ayah tahu kamu mampu lakukan kerana ibu mu juga berjaya melakukannya ..  Keturunan mu berjaya melakukannya walaupun mereka bukan jutawan tapi tidak seorang pon menyusahkan orang lain..

Anakku ..
Andai kamu membaca luahan ayah ini , ketahuilah .. ayah akan berusaha mendidikmu dengan melebihi dari apa yang ayah pernah dapat dulu .. Jadilah  manusia yang berguna ..
Jangan sesekali ketepian agama kerana dunia , wahai anakku. Ingat pesan ayah , andai kamu membaca satu hari nanti. Kalau tak baca , jangan risau , ayah akan buat vlog dan jadikan harta peninggalan buat mu ..


#Dah baca??Amacam?Ada rasa sedih?terharu?gembira?
Tapi yang pasti,Puteri rasa So SWEET..huhu
Jaga anakmu sebaiknye ye,Papa Ben Ashaari =)
ssungguhnya harta x dpt diwarisi..tapi ilmu boleh diwarisi..
*sori yer,copy paste je..huhu
Comments
0 Comments

No comments: