Perlu di ketahui keadaan wanita di dunia tidak lepas dari enam keadaan:
1.Meninggal sebelum bernikah.
2.Meninggal setelah ditalak suaminya dan tak sempat bernikah lagi sampai meninggal.
3.Sudah bernikah,tetapi suaminya tidak masuk bersamanya ke syurga.
4.Meninggal setelah bernikah,sama ada suaminya bernikah lagi sepeningalannya mahupun tidak (yakni jika dia meninggal terlebih dahulu sebelum suaminya)
5.Suaminya meninggal terlebih dahulu, kemudian dia tidak menikah lagi.
6.Suaminya meninggal terlebih dahulu, kemudian dia bernikah lagi setelahnya.
Ini penjelasannya ..lihat betul-betul bagaimana keadaan mereka di dalam syurga,situasi lelaki juga dikatakan sama dengan wanita ketika di dunia.
1.Wanita pada keadaan pertama,kedua dan ketiga, ALLAH akan menikahkannya dengan lelaki yang juga masuk ke syurga tanpa mempunyai isteri kerana tiga keadaan tadi (yakni lelaki yang meninggal belum bernikah, berpisah dengan isterinya lalu meninggal sebelum bernikah lagi dan lelaki yang masuk syurga tetapi isterinya tidak masuk sekali).
Ini berdasarkan hadith Rasulullah saw:
"Tidak ada seorang pun hidup membujang dalam syurga". (Riwayat Muslim no.2834)
Menurut Syaikh Ibnu 'Utsaimin Rahimallah dalam Al-Fatawa Jld.2 no.177, "jawapannya diambil dari firman ALLAH swt yg bermaksud
"Dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kalian kekal di dalamnya." (Az-Zukhruf 43:71)
Huraiannya: Wanita ahli syurga yang belum bernikah ketika di dunia atau suaminya tidak masuk syurga,maka di syurga terdapat lelaki ahli syurga yang belum bernikah mereka mempunyai isteri2 dikalangan bidadari dan wanita2 dunia jika mereka mahu,manakala wanita yang tersebut,jika dia ingin bernikah,maka dia pasti mendapatkan apa yang diinginkan.Wanita ini akan ALLAH nikahkannya dengan lelaki yang disenanginya di syurga,maka kenikmatan ini tidak terbatas hanya untuk kaum lelaki sahaja tetapi bersifat umum dan diantara kenikmatan2 itu ialah pernikahan.
2.Wanita pada keadaan ke-4 dan ke-5, maka dia akan menjadi isteri dari suaminya di dunia.
3.Wanita pada keadaan ke-6 pula, sesetengah ulama' berpendapat bahawa wanita itu akan dibenarkan memilih suami mana yang diingini. Rasulullah saw juga bersabda:" Wanita itu milik suaminya yang terakhir".(Riwayat Abu Asy-Syaikh)
dan berdasarkan kepada ucapan Hudzaifah r.a kepada isterinya:
"Jika kamu mahu menjadi isteriku di syurga, maka janganlah kamu bernikah lagi, sepeninggalanku, kerana wanita di syurga milik suaminya yang paling akhir di dunia. Disebabkan itu, ALLAH mengharamkan para isteri nabi untuk bernikah lagi sepeninggalan baginda, kerana mereka adalah isteri2 baginda di syurga (Riwayat Al-Baihaqi).