Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) ialah satu peperiksaan yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif. Peperiksaan lisan dijadualkan akan bermula pada bulan Julai 2000 dan peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember 2000
STAM diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai dan diiktiraf di dalam dan di luar negara.
Objektif Kursus
STAM juga diperkenalkan untuk memastikan pelajar Malaysia yang diterima masuk ke Universiti Al-Azhar dan universiti yang setaraf dengannya di dalam dan di luar negara, terdiri daripada mereka yang benar-benar berkualiti dan dapat memiliki ijazah dalam jangka masa yang paling singkat.
Kemasukkan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar kini dibuat melalui lebih kurang 26 jenis sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan pelbagai sekolah seperti Sijil Tinggi Ugama. STAM diperkenalkan agar sistem dan syarat kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar akan lebih selaras.
Kemasukkan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar kini dibuat melalui lebih kurang 26 jenis sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan pelbagai sekolah seperti Sijil Tinggi Ugama. STAM diperkenalkan agar sistem dan syarat kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar akan lebih selaras.
Syarat Kemasukan
Kurikulum yang akan menjadi asas STAM ialah kurikulum Ma'ahad Bu'uth Al-Azhar yang telah dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Sharif, Kaherah, Mesir dan digunapakai sekarang di SMAN dan SMAR di negara ini.
Senarai Subjek
- Hifz Al-Quran dan Tajwid (Bertulis dan Lisan)
- Fiqh (Bertulis)
- Tauhid (Bertulis)
- Tafsir dan Ulumuhu (Bertulis)
- Hadith dan Mustolah (Bertulis dan Lisan)
- Mantiq (Bertulis)
- Nahu (Bertulis)
- Sarf (Bertulis)
- Insya' (Bertulis)
- Adab dan Nusus (Bertulis)
- Mutala'ah (Lisan)
- Arud dan Qafiyah (Bertulis)
- Balaghah (Bertulis)
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian adalah seperti berikut :
Pelajar yang lulus STAM layak menyambung pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar ( tahun 1 ), IPTA dan IPTS tempatan serta mengikuti diploma di IPTIPs.