Kemana Hala tuju anda selepas SPM?
Demam SPM sudah bermula. Demam ini bukan dirasa oleh pelajar yang mengambil SPM sahaja bahkan ibu bapa dan guru-guru juga turut merasa tempiasnya. Teringat kenangan mengambil SPM dahulu, waktu mentelaah terasa sangat cepat berlalu dan di saat-saat akhir, terasa macam terlalu banyak benda yang belum difahami, terlalu banyak benda yang baru diketahui walhal sudah lama subjek-subjek tersebut dipelajari. Mulalah rungutan seperti :
“Kalau aku study dari awal lagi, mesti lagi faham punya”
“oh.. macam ni ker?? Apasal aku baru tau”
“Banyaknya nak baca..nak baca yang mana satu ni”
“Dah tak banyak masa ni”
Ramai pelajar mengambil ringan tentang SPM. Tahukan anda hala tuju anda selepas SPM nanti? SPM agak penting. SPM juga seperti ‘platform’ untuk kita mengilap dan mengenal potensi diri kita. SPM juga seperti satu latihan untuk anda mengenal pasti minat dan kebolehan anda. Contohnya melalui subjek yang anda ambil, jika anda mengambil subjek Biologi anda mungkin minat kearah sains perubatan manakala jika anda mengambil subjek Kejuruteraan anda mungkin akan terdorong ke alam Kejuruteraan. Ini tidak bermaksud anda perlu fokus terhadap subjek tertentu sahaja, anda perlu fokus dan seimbangkan keputusan dan kefahaman anda untuk seluruh subjek.
Kemana hala tuju anda selepas SPM? Jika anda seorang pelajar yang ingin Berjaya anda perlu menetapkan Azam kemana anda selepas SPM nanti. Azam atau impian akan mendorong kita untuk lebih berusaha mencapai apa yang diimpikan. Tepuk dada, Tanya diri anda kemana anda selepas SPM?
ERM..pikir2 kan la yer..ISTIKHARAH n BERDOA k!