Saturday 12 May 2012

KISAH MENYAYAT HATI-Susu Terakhir Buat Si KeciL


Tadi Puteri blogwalking ke satu blog ni..tibe2 terbaca satu entry ni..memula,mcm malas la plak nak baca .
Tapi,seminit baca,dah rasa sentap dah hati ni .Sayu sgt2 sbb ummi tgh tak sihat . Dan terkenangkan pengorbanan ibu sendiri terhadap anak2 nya sepertiku dan adik2 ku ..emm,Jom sama2 hayati kisah ni . =_=


Begini kisah nya…

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...


**Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".Urmmm...

So,ingat la ek,pengorbanan ibu mmg tak tau macam mana nilainya dan belum pasti sampai kita mati pon,x dapat balas jasa ibu mahupun ayah kita...Renung2kan jangan sampai Termenung! =)



Kaklong sayang ummi!

Comments
5 Comments

5 comments:

Cik Fie said...

nice entry :) boleh share x kat blog ? :D

Puteri_ika said...

@Hafizah Zainal Abidin
silakan..=)

Puteri_ika said...

@Hafizah Zainal Abidin
silakan..=)

insan_marhaen said...

Selagi ada ummi peluklah , dakaplah, taatlah selagi dia berada di atas landasan yang benar... Mudah2an kita tidak terkilan dikemudian hari...

Puteri_ika said...

ye..syukran..=)