Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Saturday, 19 May 2012

Generasi Y :Mantapp laa pengisian hari ni !


Baru lepas mengintai tv kecik kat lappy ni . tv kecik mana pulakk dahh..haha ..ala,on9 streamix jek ..bile teringat balik,x pernah2 tgk TV 1, kali ni ,terpacak depan laptop 20 minit lebih awal..ish3..betul2 penangan BEN ASHAARI nih! err,bukan aku jek yer..ramai lagi .hehe

Okeh..banyak gak dapat inspirasi dari tajuk yg dibincangkan . Bukan sekadar tgk je .tapi mesti la ambil jugak isi nyer..betul x?Ada kata2 dari...em,tibe2 x ingat .hihi .berbunyi :"Jgn melihat siapa yg menyampaikan,tetapi lihat pada apa yang disampaikan ".haa..

image_thumb1

Kali ni Generasi Y membawakan 3 org ahli panel ,Kak Sarah(program SOLEHAH),seorang perunding motivasi,serta 2 org BLogger, sudah semestinya,En Ben Ashaari , dan blogger ni ,Puteri baru kenal .hehe..Kak Ara Lee..seorang penuntut universiti dan pemilik blog Dream Within A Dream.

start pukul 2 , dgn menggendong tajuk : 

Orang berbudi,kita berbahasa . 
Orang memberi,kita merasa ...



*pinjam sat ek,pakcik google..

Okeh .firstly ,apa yang sempat Puteri catat di Notepad Laptop Puteri dan tafsirkan ke otak yang geliga ni ,hehe..pertama,Kak Sarah tadi ada sertakan tips2 mengaplikasikan budaya Budi Bahasa ..nak tau?haa,,teruskan mmbaca dan salin cepat!hehe

Tips2 nya adalah :

-Mulakan dengan diri kita sendiri > maksudnya ,jgn pandang n tuding pada org lain dulu . Lihat diri kita dulu ,baru orang akan contohi kita .
-Muhasabah diri semula .jgn menyesal ape kita dah buat,dan berani ubah diri jadi lebih baik.
-Berazam dan berusaha ke arah itu.


Then,mc beralih pula bertanyakan tntg TUJUAN abg Ben kita ni ,berblog .
Beliau menjawab 'sy cuma nak mereka fhm n dapat tgkap ap yg sy sampaikan.yg pntg,mereka tau ape yg berlaku pada sy,dan dpt jadikan pengajaran buat mereka.'






image_thumb13

Dan beliau ada berkata,ayahnya sering menitikberatkan soal agama dan disiplin. soal agama,tetap perkara utama .dalam disiplin pula,"disiplin-dgn sape kite berkwan.kita kawan,tpi jgn ikut yg x baik.kalau kawan hisap rokok,ada yg menghulurkan,tapi saya menolak .ada masa,saya angkat kaki,pergi jauh.
Dan bila saya dah anak ni,saya akan didik dgn baik,dan saya akan tunjuk ni salah,n ni salah."kata beliau .*sori en Ben,ayat mgkin dah diolah.hehe


Then,kak Sarah ada pesan ," mula la buat baik tu,dari skrg,jgn tggu bila ada anak ."
Dan kita kena bersedia dgn situasi yg akan berlaku mungkin pada diri kita dan org lain,iaitu 'lupa diri"...




image

Ehh,,kesian Cik Ara Lee kita kan.tak de lagi isi nyer,huhu..haa.Mcm Kak Ara ni ,beliau ada buat bisnesjugak .so,menceritakan bagaimana dgn kejayaan yg beliau kecapi tu ,beliau kata,ia semestinya mesti berhasil dgn diri sendiri dulu .Kalau kita x mulakan,x kan ada..*Cik Ara ni,kurang bercakap.so,x dpt nak update isi banyak2..hehe


Yeah..yg ni Puteri suka..pesanan dari En Ben kita nih .



'setinggi mana kita pun,kita kat bwh jugak.sepandai2 kita,pasty ade yg lebih pandai,dan kuat jugak..So,jgn fikir kita dah cukup hebat ."




Jam 3 petang ,habiss...then ade persembahan dari sape ntah..hehe..

Oke,,sekian sahaja untuk hari ni ,moga kita dapat mengaplikasikan amalan Budi Bahasa yek .
Bukan budaya,tapi amalan,,,^_^..


KELEBIHAN SURAH AL-KAUTHSAR





Rahsia Surah Al-Kauthsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. 

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga. 

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. 

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu. 

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah. 

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat. 

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook DAN blog anda.Sharing is Caring

Nak info terbaru?klik bawah ni:

Thursday, 17 May 2012

ENTRY TERTANGGUH a.k.a HARI GURU



Yeah...memang cukup tertangguh .sebab ape? sebab,penyakit M datang rumah Puteri hari semalam . So,Puteri agak bz melayan kerenah dia ...Meh Sini Kejap..Tonyoh SINI kejap.

Padahal semalam Hari Guru kan?sepatutnyer ade la entry 'hot' yang kena update semalam..Tapi nak buat mcm mana ,M dah dtg . So,terpaksa amik 'mood' dulu untuk fikirkan idea yang bernas demi menjaga keselesaan peminat .ehh..pembaca .huhu

Pagi2 semalam,mata dah bukak 1/2 inci,teringat 'ehh,,hari ni hari guru'!..hah ape lagi ,meraba2 cari handphone. Yela,nak ucap selamat hari guru kat semua guru seluruh dunia ni .Dah jumpe,mai taip ramai2..

'Assalamualaikum .Selamat Hari Guru ,cikgu/ustazah/teacher!Terima kasih atas segala ilmu yang cikgu pernah curahkan kpd saya . Dan saya pasti x akan lupekan kenangan bersama cikgu .Semoga cikgu bahagia Dunia+Akhirat'..

Simple je kan?heheh..bese la,tak tau nak cakap ape.yang penting,kita masih ingat kat mereka kan?
Hmm..rindu sgt2 zaman sekolah rendah .selain belajar sama2 kawan,kenangan dgn cikgu2 sgt2 best & indah .
Waktu sekolah rendah,diriku ini adalah seorang 'Pengawas'..ala,yang pakai baju warna Biru tuu..

So,dgn x semena2,pengawas menjadi semakin akrab dgn guru2 .yela,dah terikat dgn jawatan kan .mesti kena bertugas,dan aktif .Tapi sampai sekarang,Puteri masih rindukan saat2 belajar di sekolah rendah .eh,rindu je,bukan nak pegi blajaq sana balik .oh,idok ler..kome dah besor..hehe..rindu nak belaja BM dgn Cikgu Ramli,rindu nak belaja BI dgn Teacher Syikin..huhu =_=

 
* teacher syikin taun ni dpt anugerah guru popular.tahniahH..lepas ni dpt baby pulak yek!
*ckgu .a.k.a bapa angkat waktu darjah 6..rindu kat ckgu Ramlie..=)

Then,dah meningkat ala2 remaja,Puteri posting ke sekolah menengah .so,kat sini dah jadi agak matang la .sebab duduk asrama..hoho.Dan suasana belajar dah bertukar.dulu kecik2,boleh lagi main2,bila kat s.menengah,kena la serius kan .Dan dgn 'keseriusan' tula,menjadikan Puteri ni seorg 'orang'..huhu

hah,yang pasti,setiap kali hari guru masa kat skolah rendah ,WAJIBUL GHUNNAH ,kene beli hadiah .
Bankrup ummi & abah .hehe..takpe,mase tu,adik2 kecik lagi .so,bajet hadiah untuk diorang x kuar lagi .hehe
Haihh..bila teringat balik,kelakar pon ade .Puteri pernah bagi hadiah yang remeh je .Pen,Tupperware,dan yang kelakar dan tak tahu ape reaksi cikgu bila dapat tu ,adalah ...



Kenal tak tuu??haha..SABUN ..hehe..memang la berguna .Tapi mesti org pikir,x matang langsung bagi sabun ..Puteri akui ..tapi tu zaman purba dulu la ek .takkan ku ulangi lagi perkara sebegitu rupa.huu.almaklumla,dulu mana la gheti nak pilih2 barang ni .masuk je pasaraya ,kedai 2 hinggit ,zappp,amik n bayar .sekarang je,dah pandai pilih2 ni .=)

So,kesimpulannya,sweet sgt2 zaman persekolahan . Dan sememangnyer cita2 Puteri dari baby lagi,nak jadi 'CIKGU'..bila org tanya je,mesti jawab cikgu .tapi sekarang dah lain .ada dua job pilihan .haha..
'businesswoman @ akauntan / cikgu '...so,mana2 pon boleh kan..

Puteri kagum dgn kesungguhan guru2 yang ikhlas mengajar dan harap2 zaman serba mencabar ni ,guru2 dapat tingkatkan lagi kesabaran .sbb anak2 murid zaman ler ni ,nakal2 dah .yang baik,baik lah kan.yang nakal tu ,hmm,sabar jela..Tapi,pekerjaan Guru lah adalah pekrjaan yang benar2 terpuji .sbbnyer,ilmu tu wajib dipelajari kan?so,tanggungjawab mereka,semestinya mencurahkan ilmu tersebut .maka,lahirlah insan2 yang berjaya.berjaya dari segi mental,fizikal,rohani .insyaallah..tabarakallah..


Akhir sekali ,Puteri amik kesempatan ni,nak mohon maaf kepada cikgu2 yg mana,diriku ini sememangnye,kadang2 alpa dgn diri sendiri.huhuk..maafkan saye ye..*eh,ade ke cikgu aku yang nak bace ni?blog aku pon dorg xtau..whatever la .hehe

SELAMAT HARI GURU JUGA BUAT BAKAL2 GURU DI MALAYSIA 




ni Puteri buat untuk guru2 sekolah Puteri je.SKJ9 dan MA'AHAD SAS.
kalau korg nak,buat lah sendiri..hehek..

SEKIAN ^_^







Tuesday, 15 May 2012

Hak Seorang Anak


'Hak', hanya tiga huruf namun memberi makna yang sangat besar.
Jika salah percaturan, kita akan disoal di akhirat kelak berkaitan soal hak ini.
Hak ini bukan sahaja diharuskan malahan wajib dilaksanakan oleh setiap ibu bapa.
Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi apa salahnya kalau kita ambil tahu sekali lagi.
Saya percaya kita semua bakal menjadi ibu dan bapa suatu hari nanti.
Jadi sedikit sebanyak kita kenalah tahu berkenaan hak anak.
Saya mohon untuk tidak persoalkan apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan (mungkin tidak menepati apa yang kita mahu, jika kita ada alternatif lain untuk menjadi lebih baik, ikutlah yang baik itu) jadi kita praktikkan kepada bakal anak-anak kita. insyaallah..
Sabda Rasulullah saw :
" Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".
01. Berikan nama yang baik kepada anak-anak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air.
Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh.
Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.

Badan kita kita juga terdiri daripada 70% air (darah).
Secara logiknya apabila kita memberi nama yang baik kepada anak-anak diambah pula dengan asuhan yang yang mengikut acuan Islam maka insyaAllah, anak-anak yang didik akan menjadi pejuang di jalan ALLAH.
02. Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan ilmu dan adab kepada anak-anak. Ilmu, maksudnya di sini ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak (fardu ain dan fardu kifayah).
Sekarang ni pun, kerajaan telah menetapkan supaya setiap anak yang berusia 7 tahun di hantar ke sekolah rendah.
Bagi ibu bapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM 5000 (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada ketika itu tahun 2006).
Bukan sikit denda yang dikenakan, nilainya boleh buat bayaran permulaan untuk membeli kereta.
Adab pula merujuk kepada perbuatan yang baik berhubung dengan percakapan, perbuatan mahupun amalan.
Adab juga boleh diertikan sebagai akhlak mulia atau baik. Akhlak yang baik adalah bukti kukuh keluarga yang mulia.
Sabda Rasullullah
"Sesungguhnya seseorang kamu yang mengajar adab kepada anaknya adalah lebih baik baginya daripada beliau bersedekah setengah gantang setiap hari."
03. Mengahwinkan anak apabila telah baligh. Bila ibu bapa mendapat si anak sudah cukup syarat untuk bergelar isteri atau suami maka si ibu dan bapa bolehlah mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang sekufu yang dinilai dari 4 perkara iaitu agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya.
Baru-baru ni dalam perbualan telefon dengan seorang sahabat. Biasalah di kala usia sudah melangkah ke alam awal dewasa persoalan nikah kahwin ini tidak lari dari topik perbualan.
Kata beliau, 4 perkara yang menjadi penetuan pemilihan jodoh adalah rupa, harta, keturunan dan agama. Dalam zaman serba canggih dan dunia tanpa sempadan hari ini.
Rupa, yang kurang cantik boleh menjadi cantik. Yang kurang handsome boleh menjadi handsome kerana begitu banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran.Harta, harta boleh dicari dengan kepesatan teknologi dan ilmu. Banyak perniagaan yang boleh diceburi jika mahu apatah lagi kini banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga.Keturunan, keturunan atau nasab yang ada pada hari ini sudah banyak yang bercampur-baur. Yang berketurunan Syed mahupun Sharifah juga sudah banyak yang berkahwin dengan orang biasa, yang kerabat diraja juga dah banyak yang berkahwin dengan rakyat jelata.Agama, jadi yang tinggal hanyalah AGAMA yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan pasangan.
Oleh itu, ibu dan bapa wajib mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang tepat.
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."
Rasulullah saw bersabda lagi:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."
Hadis ini lebih merujuk kepada anak gadis, namun kepada si lelaki janganlah kamu menjadi lelaki yang fasik itu.
Namun kita sebagai seorang anak pasti ini yang kita mahukan.
Wahai ayah dan ibuku,
Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama
Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka
Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat
Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna
Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji
Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji
Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku
Suburkan kecintaanku kepada AllahDidiklah daku dengan sunnah Rasullullah
Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna
Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran
Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia
Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.
Semoga memberi manfaat..

crdt to: iluvislam.com

Sunday, 8 April 2012

Tips Menuntut Ilmu


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya dapat kita bernafas lagi di bumi milikNya dan menikmati nikmat-nikmat yang diberikan percuma kepada hambaNya. Selawat dan salam keatas nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Dalam siri ketegori ‘tips belajar’ ini, insyaAllah saya akan berkongsi ilmu yang diambil secara langsung berdasarkan pengalaman atau pembacaaan atau perkongsian rakan2 yang lain agar dengan adanya perkongsian ilmu ini, akan bertambah ilmu kita. Diharap dengan bertambahnya ilmu kita, maka akan bertambah jugalah iman kita dan bertambah dekat kita kepada Rabb, Allah SWT, insyaAllah..
‘murnikan niat anda..’
Saya pasti, bagi mereka yang biasa menghadiri kuliah2 agama, atau membaca/mendengar kaset ceramah motivasi, perkara yang pertama yang sering dikupas oleh panel penceramah adalah niat. Mungkin ada segelintir apabila membaca tajuk topik ini ada yang mengeluh kecil..(Jangkaan saya sahaja..)
“Alah, soal niat..dah selalu dengar dah..”
“Bosanlah asyik topik niat ja.. Bagi la tips yang lebih bagus lagi..”
Lihat?? Belum apa-apa lagi niat asal untuk menuntut ilmu telah berubah..Pada dasarnya kita membuka artikel ini untuk mencari ilmu, tetapi belum apa2 lagi telah mengeluh kerana kita menjangkakan kita telah tahu apa isi kandungannya..
Murnikan niat anda..
Bermulanya sesuatu ibadah itu dengan niat. Sama ada solat, puasa, zakat, haji sedekah dan lain2.. Jika baik niatnya, maka baiklah ibadahnya..Niat yang ikhlas akan mendapat ganjaran disisi Allah SWT..
Topik ini jika hendak dikupas merangkumi banyak skop. Saya ingin berkongsi pandangan dari sudut seorang pelajar dan mahasiswa. Ia nya lebih dekat dengan siri kita tips belajar..
Sebagai seorang pelajar, kita perlu jelas niat kita menuntut ilmu. Adakah kerana segulung ijazah? Adakah kerana hanya untuk mendapat kerja yang baik?? Adakah kerana kat sekolah ada awek? Atau kerana terpaksa sebab mak suruh? atau bermacam-macam sebab yang lain??
Untuk cemerlang, niat perlu dimurnikan..
Bunyinya seakan mudah bukan? Sesiapa boleh claim kata aku pergi belajar niat aku kerana aku nak berjaya la.. aku nak tuntut ilmu dan lain2 lagi reason..
Tetapi mengapa ramai yang pergi ke sekolah, kuliah atau mana-mana kursus untuk menuntut ilmu, bila di tanya apa yang telah dipelajari disana? Ada yang tidak berjaya nak terangkan..Kerana apa? Semasa dalam kelas, ada yang bersembang, ada yang menconteng buku, ada yang tidur, ada yang berangan dan lain2..
Pernah tak jadi macam nie?? Saya pun tidak terlepas dari masalah ini..Terutama bila subjek atau matapelajaran yang tidak disukai.. Natijahnya atau kesan perbuatan ini? Nah!! Keputusan tidak cemerlang. Cukup-cukup makan.. Kenapa?? Jawapan saya mudah, niat untuk menuntut ilmu itu tidak dimurnikan..
Kita ke kelas sebab terpaksa, kerana kedatangan, kerana mak suruh, kerana takut kena rotan dengan bapa jika ponteng sekolah..kerana..kerana..dan kerana.. Pelbagai alasan dicipta..
Berbeza dengan mereka yang datang ke kelas ikhlas nak menuntut ilmu kerana ALLAH. Untuk memperbaiki diri.. Untuk mendapat redha Allah..
Hasilnya??? Bila exam dapat keputusan cemerlang, ilmu yang di pelajari di amalkan dan pelbagai kebaikan hasil dari niat yang murni tersebut ketika menuntut ilmu..
Bagaimana nak murnikan niat kita tu??
Jujur pada diri sendiri, ikhlas dalam semua perkara yang kita lakukan dan berniat semua kerana ALLAH SWT dan bukan kerana nama, takut kena marah, dan lain-lain..
Namun begitu, murnikan niat sahaja tidak cukup jika tidak disertakan dengan amal perbuatan yang soleh..Maksudnya apa??
Yes, niat kita menuntut ilmu kerana sesuatu kebaikan, namun semasa menuntut ilmu tersebut, sekiranya kita tidak menghormati pengajar/guru.. Bersikap kasar kepada guru..Memburuk-burukkan pensyarah atau guru di belakang beliau..Bagaimana ilmu tersebut akan sampai kepada kita apabila kita tidak respect kepada guru yang megajar ilmu tersebut??
Walaupun ramai yang menganggap hal ini remeh, namun sebenarnya tidak. KEBERKATAN ilmu dari guru yang mengajar amat penting.
Mari berubah..
Buat rakan pelajar seperjuangan yang menuntut ilmu, mari sama2 kita murnikan semula niat kita setiap kali menghadiri sesuatu majlis ilmu.
Niatkan usaha kita untuk menuntut ilmu kerana sebagai tanda ibadah kita kepada pencipta kita Allah SWT.
Ikhlaskan diri untuk ke sekolah, kelas atau mana2 pusat penyampaian ilmu.
Berusaha sebaik mungkin untuk menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran yang sedang berlanggsung dan menghormati pengajar kita.
InsyaALLAH dengan melakukan sedikit perubahan memurnikan niat untuk menuntut ilmu ini, kita akan dapat lihat hasil yang baik kelak. insyaAllah.
***
“Ilmu itu cahaya, tempatnya di dalam hati. Jadi hati harus bersih dan suci supaya ilmu dapat bertapak dalamnya..”
Sebab-sebab ilmu susah bertapak dalam hati..
  1. Banyaknya dosa yang telah dilakukan.
  2. Memakan makanan yang syubhah dan haram.
  3. Tidak memohon keredaan daripada ibu bapa.
  4. Hati tertutup
  5. Belum mempunyai ilmu yang berkaitan sebagai asas.
***
Sama kita muhasabah diri dan memperbaiki diri.. Dan semuanya bermula dengan niat yang murni..=)
“Orang berjaya mencipta peluang, orang yang gagal mencipta alasan..”