Showing posts with label jaga hati. Show all posts
Showing posts with label jaga hati. Show all posts

Friday, 18 May 2012

BETUL,,,AKU TAKUT


Hmm,,malam2 gini, terasa takut .bukan takut hantu bagai,,tapi takut nak tidur..takut esok x bangun2 dah..
Korang pernah x rasa mcm tu?kalau pernah,baguslah kan .dapat muhasabah diri kita balik...

Bila terkenangkan , makin lama hidup ,makin nak buat dosa .hmmm..astaghfirullahalazim..
aku manusia lemah,Ya Allah..


Bila buat dosa, takdek sape perasan dia buat dosa ..seringkali terlupa ,seringkali terjaga..
Begitulah aku juga...emmm,Ya Allah..Engkau titipkan keinsafan dalam diriku ini...
Engkau ampunkan segala dosa ku ,ampunkan segala dosa kaum Nabi Muhammad..




Kawan2 ,jom,sebelum tidur,kita istighfar sama2,mengucap dua kalimah syahadahh..

dan kalau boleh,solat sunat taubat sekali ..insyaallah .


Daku akui ,daku bukan seorg wanita yang baik ,bahkan seorang yang sering alpa dgn duniawi ...astaghfirullah ..minta dijauhkan dgn kelalaian yang boleh merosakkan ku..
Amin....


Sunday, 8 April 2012

cara menjaga perasaan orang lain...:)





hmm..Kadang2,bila kita rasa sedih,mesti terdetik dlm hati,"Mengapa perlunya menghargai perasaan orang lain?" Persoalan ini akan terjawab apabila kita menanyakan kembali soalan itu kepada diri sendiri dalam bentuk soalan “Mengapa pelu menjaga perasaan sendiri?”. 

Dalam konsep ‘Hablum Min-Annas’ telah jelas di situ akan maksudnya bahawa kita perlu menjaga hubungan sesama manusia selain menjaga hubungan dengan Maha Pencipta( Hablum Min-Allah). Perlunya menjaga perasaan orang lain sama pentingnya menjaga perasaan sendiri, kerana Allah SWT telah menjadikan naluri manusia itu suka akan penghargaan, pujian dan kelembutan tutur kata.Sebagaimana firman Allah:“Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad engkau telah bersifat lemah lembut kepada mereka sahabat-sahabat dan pengikutmu dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu”. 
( Surah Aali- Imran ayat 159 )

Penghargaan kepada perasaan orang lain tidak bermakna perlu bersetuju dengan apa yang diucapkan. Bersetuju melibatkan fakta sama ada apa yang dikatakan itu benar atau salah. Manakala menghargai pula melibatkan emosi dan perasaan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Kita haruslah berhati-hati dalam menggunakan kedua-dua cara ini dalam satu masa, kerana masalah mungkin akan timbul akibat campur aduk ini.

Menghargai perasaan orang lain boleh berlaku dengan cara kita mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang diceritakan kepada kita dan kita menyelami perasaan orang yang sedang berkata-kata itu. Selain itu cara yang paling mudah adalah dengan diam, mengangguk, dan melihat ke wajahnya semasa dia sedang berkata-kata. Selain itu kita boleh menggunakan komen-komen neutral yang biasa digunakan seperti “ ya, betul.” , “ Ok,” , “Oh!”, “Menarik, menarik…”, “Iya ker?, “Teruskan”, “Isyyy…kasihannya awak.” , “Oh, begitu,” dan sebagainya.

 Komen neutral ini membantu mendorong orang yang sedang bercakap supaya terus bercakap dan meluahkan masalahnya sehingga kesusahannya hilang selepas dia berasa dihargai kerana ada insan yang sudi mendengar keluhan keresahannya.So,tak salah kita jaga hati orang kan?kalau hati orang boleh jaga,mesti hati kita juga akan terjaga.siapa yang jaga?org di sekeliling kita la :)