Showing posts with label ingin jd anak solehah. Show all posts
Showing posts with label ingin jd anak solehah. Show all posts

Monday, 21 May 2012

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA ...



1. Catriona Ross..

~Semuanya bermula apabila dia menemani sahabat karibnya ke sebuah butik tudung di KLCC pada 14 Julai lalu.
Tergerak hatinya mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin, tiba-tiba terbit satu perasaan pelik hingga bergenang air mata. Sepantas kilat ditanggalkan tudung itu.

Dia yang dihenyak perasaan pilu, hiba dan syahdu kemudian berpusing ke arah temannya seraya spontan meluahkan hasrat mahu memakai tudung. Luahan itu bagaimanapun mengundang tawa sahabatnya kerana menyangka dia bergurau.

"Ketika memandu pulang ke rumah, saya menangis. Sukar untuk jelaskan perasaan saya ketika itu. Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah dari Allah.
"Sepanjang perjalanan, saya tak henti-henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi. Terharu dan rasa istimewa apabila Allah buka pintu hati saya. Memang sebelum itu pernah terfikir untuk menutup aurat tetapi teragak-agak untuk melaksanakannya.
"Esoknya di rumah, saya gelisah dan rasa serba tak kena. Asyik terfikir untuk memakai tudung dan malamnya saya tidak boleh tidur. Kebetulan pula suami tiada di rumah kerana bertugas di luar Kuala Lumpur, jadi tiada tempat untuk saya mengadu," katanya sambil menghela nafas panjang.

Pagi Jumaat (16 Julai lalu), berjam-jam pelakon yang popular menerusi drama rantaian Sephia ini menyelongkar almari mencari hijab namun kecewa apabila yang ada hanya selendang.
Dia kemudian menghubungi teman karibnya untuk meminjam tudung. Terkejut dengan permintaan itu, temannya mengajak Cat ke butik untuk belikan beberapa helai tudung. Selesai membuat pembayaran, hijab yang dihadiahkan temannya itu terus disarungkan di kepala.

"Sejak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung Insya-Allah saya akan kekal begitu hingga ke akhir hayat. Itu prinsip yang saya pegang sejak kecil.
"Apabila pulang ke rumah, suami menyambut saya di muka pintu dan dia terkejut dengan perubahan itu. Dia bertanya adakah saya benar-benar serius. Selepas berkongsi apa yang saya alami dalam tempoh 48 jam itu, dia ternyata gembira dengan keputusan saya.

"Banyak nikmat yang Allah beri kepada hamba-Nya dan apa yang saya mohon selama ini dalam doa dimakbulkan. Masih segar dalam ingatan, selepas terbabit dalam nahas jalan raya, saya tidak putus-putus berdoa supaya boleh berjalan semula dan doa itu Allah perkenankan.
"Kemudian, ada suara sumbang bercakap saya tak boleh hamil kerana mengalami kecederaan teruk dalam kemalangan itu tetapi Allah makbulkan doa saya. Alhamdulillah saya bunting pelamin. Jadi, nikmat Tuhan yang mana lagi nak saya dustakan?

"Saya nekad bertudung kerana tidak mahu terus menerus buta hati. Jiwa saya bagai disiat-siat ketika mendapat hidayah dalam butik itu. Jauh di sudut hati, saya dapat rasakan itu adalah seru daripada Allah.
"Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham," kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.

2. Irma Hasmie..

~“Alhamdulillah, sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.
“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita saya bertudung terlalu diberi perhatian sebab takut disalahertikan niat sebenarnya, walaubagaimanapun saya yakin lambat laun semua orang akan mengetahui juga.

“Saya bersyukur dan gembira dengan kehidupan saya sekarang, saya lebih tenang dan lebih banyak belajar. Tiada siapa yang memaksa saya tampil begini, semuanya berlaku secara natural. Alhamdulillah, setelah dua minggu pulang ke Malaysia, ramai yang menerima baik niat saya ini,” jelas Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia Irma. Irma akui hidupnya kini lebih tenang dan bahagia

Berdoa di Mekah
Mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, jelas Irma, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin.
“Satu perkataan yang dapat saya gambarkan tentang Mekah adalah Subhanallah. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci ini.

“Memang seronok berada di sana, saya dapat lihat 
sendiri betapa hebat dan ajaibnya ciptaan Tuhan. Saya memang tidak mahu melepaskan peluang untuk berdoa, macam-macam doa saya minta.
“Slma 29 tahun saya hidup dibumi ini, saya mohon diampunkan segala dosa yang pernah dilakukan, diberi rezeki dan jodoh yang baik,” jelas Irma yang turut memohon ditenangkan hati setiap masa.

3. Abby Abadi...

~“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Tetapi alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah, saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini buat selama-lamanya. Segala-galanya dipermudahkan.“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban kepada orang sekeliling.Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil memberitahu, sekalipun sudah bertudung, kerjaya seni tetap berjalan seperti sedia kala.

Mengenai kesempatan indah menunaikan umrah buat kali pertama itu, ibu kepada Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania Hakim, 7, dan Maria Danisha Hakim, 4, ini bersyukur kerana kembara dan ibadatnya di sana berjalan lancar. Bahkan secara tidak langsung, Abby ke sana seperti membawa hatinya yang lara.

Kata Abby, jika diikutkan, sebelum ini dia memang memasang azam untuk ke Tanah Suci, tetapi mungkin serunya belum tiba ketika itu.Ada saja halangan yang tiba, termasuklah visa yang dimohon tidak dapat diluluskan.“Namun syukurlah, kali pertama menjadi tetamuNya, kesihatan saya di sana senantiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi. Perasaan berada di sana juga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan saya teruja akhirnya digerakkan juga ke Tanah Suci Makkah selain Madinah.

“Saya juga tak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak.Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa saya tolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu. Tetapi saya tak ralat dan percaya rezeki tetap ada, insya-Allah.

4. Diana Amir...

~“Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.
“Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini,”

“Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan. “Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya,”
“Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

“Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini, “Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah,”
“Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka,”


Alhamdulillah... ^_^


nak info terbaru?jom..
-KUCING??
-PERCUTIAN MUSIM CUTI NANTI
-OH MY ENGLISH!
-KERETAPI KL
- KLIK JE

Monday, 14 May 2012

Sanah Helwah Ya Abi =)


Malam tadi tidur agak lewat demi memerah keringat yang x berapa nak ada ,berbekalkan keazaman yang meningkat 180 darjah celcius panasnye oven nak buat kek tu , nak siapkan satu 'proposal'
di mana bagi Puteri agak penting kot..huhuhu

ehh,,bukan buat kek tau . ape hal pulak tgh2 malam buat kek . hihi . 14 Mei 1971 , adalah tanggal yang mane x berape nak tanggal . ehh..ye!telah lahirnya seorang putera yg diberi nama , Zamry Nur Bin Zainal Abidin . 
siapakah itu?adakah jiran negara luar?adakah perdana Menteri zaman era 20-an?? ohh.tidakk..thats my Father.=)

Yeahh..hari ni 14 Mei 2012 .dah meningkat usia abahku ini . berapa dah yek umurnye?haa,kalau nak tau,kira la sendiri.hehe .di hari lebaran indah ini , Puteri amik kesempatan untuk ucapkan Selamat Hari Lahir buat abah tersayang . Moga panjang umur,murah rezki,dan dikurniakan kebahagiaan rumahtangga bersama ummiku tercinta ,..=)


Semalam org kecoh2,Hari ibu kan?haaa,hari ni Puteri nak kecoh2 kat hampa suma,hari ni,Hari Abah .hehe.
Hari Lahir abah saya! huhu .astaghfirullah .riak2 ..hehe..dok ehh..gurau ja . saje je nak share citer tetengahari ni je .bukan pe,baru lepas memasak..saje xtau nak buat ape,tu update tu .hehe..

eh..dah 30 km dah ni Puteri speed .padahal tadi nak citer satu benda kan?mesti korang ternanti2 ape Puteri siapkan malam tadi kan?hehe.sbnrnye x lawa sgt pon buat nyer,,just try n error n send .hehe..yela,sejak dok giler Photoshop ni ,ape2 pon bole jadi .termasuk la 'hadiah' yang tak seberapa ni .huhu




Puteri post 'benda' ni tepat pukul 12:15 . punye la buat cepat2 supaya tak terlambat .hehe..
so,ape komen abah?hihi..ni dia..


*klik untuk lebih jelass


so,lepas siap tu, terus tido .hehe..oke,,thats my story today!bertemu di lain entry ye..peace..=)




Sunday, 13 May 2012

Ibu..Ibu..Engkaulah Ratu hatiku...


Selamat malam semua..malam ni xdek ape sgt nak share nyer..tapi ade satu yg menarik sikit la nak kongsi.
Korang mesty da tau en,13 Mei , adalah Hari Ibu .  Berapa ramaikah yang ucap kat ibu, " Selamat Hari Ibu"??
Sejujurnye,Puteri x ucap . Jahat ke?Anak yg x baik ke??hhmmm, itu tafsiran masing2 .

Just ape yang Puteri tau , Hari Ibu ,HARAM disambut .ehh,,'Kenape lak Haram?hari ibu tu kan?kite sbgai anak,msty la smbut,," . Ahaa,,sape kah yang berkata bgitu??adakan Anda?Abu,Atin,Lina,Shira,Wani??korang kate cam tu ke??tamo,tamo ..hehe..

Baru2 ni pon,xdek la baru sgt..Ustaz Azhar Idrus ada pesan lam ceramahnye,beliau ade b'kata ,

'‎"Haram sambut Hari ibu.Tiada Istilah hari Ibu dalam kamus hidup kita,
kerana kita perlu sentiasa menghargainya .....
Ibu seharusnya dihargai setiap waktu,detik dan saat... 
Biar pun tubuhnya dimamah bumi,tapi kita akan tetap menghargainya...
Dulu,kini dan selamanya.....

" Nabi ajar ibu dikenang setiap hari bukannya setahun sekali. "




So,dah tau kan?? Jadinye,kite same2 la ubah balik persepsi tntg hukum ni ok?
Bukan menghalang dari kita nak buat baik thadap ibu kita . Tapi,kita msti ingat, setiap hari tak semena2 kita dah buat baik pada ibu mahupun ayah kita . Bukan takat stiap hari,tapi stiap waktu solat , n dalam  segala doa kita,kita akan sertakan doa kepada ibubapa kita.
Tidakkah itu sudah berbaloi??fikirkan lah...

Ehh,,nape lak berubah tulisan ni??takpe2,,korang still paham kan?hehe..

Haa..nak share satu lagi nih ..Tadi tak semena2 muka Puteri n ummi kene tepek kat satu blog ni . Atas satu segmen Sayangilah Ibu Anda Sementara Dia masih Ada..Malu jugak nak bg korg tgk,tapi niat di hati ni nak share intipati yg ade dalam pengisian ni..so,jgn niat nak tgk gambaq ja..tapi baca n hayati ape yg admin tu sampaikan..hehe..*malu2,,(sempat agi malunye)


Oke,,cukup takat ni...lenguh plak jari ni..hehe..oke..Akhir kata,Kaklong sayangggg Ummi!=)


sayu bile teringat ibu tetap bersabar dgn kerenah anak2nya..=(

Thursday, 5 April 2012

Ya ALLAH>>SELAMATKANLAH ARWAH..




hmm..tak tau nak cakap macam mana..sbb tulah kita yang ada fb,twitter,mahupon blog,
wajib ingat.jgn terlalu asyik mengupload gambar2 yang mendatangkan fitnah.
cth : gambar yang x menutup aurat.
kat sini,saya nak share satu cerita tentang seorang gadis.
Saya agak,semua dah tau tntg berita ni kan?
tentang seorang gadis belasan tahun,allahyarhamah Farrahin.
kat sini,x bermaksud langsung nak aibkan arwah ye.
cuma sbg peringatan pada semua n diri sendiri.
kita yang masih hidup,msti hati2 dan selalu beringat.
skrg,dah terlalu ramai yang meninggal dunia sblum bertaubat.ya allah..
nauzubillahiminzalik.=(
oke,yang mana ada fb,serta lain2 tu,kompem2 ade sstgh dr kita,pasword adalah rahsia.
tol x?
ye,,saya sndiri pon mcm tu.
tp..sedar x kita yang mana selagi gambar2 tersebut terus terusan dilihat oleh lelaki ajnabi,
adakah jenazah kita/org lain akan aman?
terseksa dik akak oii..
cube kite renungkan,penting sgt ke kita nak tunjuk gambar2 tersebut pada sume org?
ye..mmg kita skdr mahu upload ataupon bkgsi saje2 je en?tp,sedar x sedar,bila ajal menjemput kita,adakah gambar tu akan selamatkan kita??
tidakk..
jadinye,cukuplah skdr ni je saya nak hurai(mcm motivator x?hehe)
saya x pandai berkata2,segala yang baik hanyalah dr ALLAH.
sesungguhnya kita sume ni hanya HAMBANYA yg menumpang hanya skdr SEMENTARA shja..
moga ALLAH meredhai peringatan ini..renung2kan dan selamat beramal.=)

p/s:info lanjut,sila ke SINI--wajib bace ek!--
Sebar2kan.semoga Allah merahmati kalian semua.=)

Thursday, 16 February 2012

PENGISIAN ROHANI



 
ツ Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..

ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..
...
ツ Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"
ツ Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...

ツ Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa,dia masih muda"
ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa,belum sampai akalnya"

ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki...
ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena...

ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal...
ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga...

♥ Maka,hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia ♥

~ Anak yang soleh tidak akan melupakan ibu bapanya hatta di hujung doanya, maka perbanyakkanlah berdoa kepada mereka ~