Showing posts with label Renung2kan dan selamat beramal. Show all posts
Showing posts with label Renung2kan dan selamat beramal. Show all posts

Saturday, 30 June 2012

Kena Belajar Hormat Orang..






Hidup ni sememangnyer bukan hanya tujuan nak bersuka ria mcm kat funfair ..


tapi kita mesti ada matlamat kan ..mcm saya ,matlamat saya masuk KMPh ni ,ada dua . Satu , nak belajar sungguh2 sampai saya dapat buktikan pada orang lain yang saya ni boleh .Dua , nak pastikan ummi dan abah tersenyum n menangis kegembiraan atas kejayaan saya nanti .Insyaallah ..



Oke , kat sini bukan nak  'brainwash' otak2 korang sumer .hehe .cume selingan kejap . merujuk kepada perkara diatas ,(skema kejap)..' Hormat orang lain ' .simple right ? tapi maknanya sgt2 mendalam .hormat .'ala,,senang je ..orang senyum,kita senyum jela,ape susah,bro ..!'..tapi betul ke itu dah cukup ?

Bagi saya la , attitude(sikap) pun penting jugak kan .jgn sampai mengganggu hidup orang lain .i don't mention anyone here .but ,thats a fact ! sampai bile kite nak orang tunduk hormat kat kite sedangkan kite sendiri x mulakan .
sampai bila kita nak matang ,kalau bukan puncanya ia dari diri sendiri jugak kan?come on everyone ,,there's nothing imposible to change ourself ..

Saya pun insan yang bnyk kelemahan .insan dhaif .tapi hari ni saya sedar ,tak kan ada yang dpt sedarkan kita selagi kita sendiri tak bangun dan 'kejut' diri sendiri untuk berubah . jgn malu untuk berubah kpd kebaikan .tapi malu lah untuk berubah kpd kejahilan .

Ini bukan debat ,bukan forum perdana .but this is a little advice for u and for me ..kadang2 kita perlu menangisi sesuatu ,kerana ia akan jadi satu tarbiyyah buat diri kita ..renung2kan dan selamat beramal! =)


Friday, 25 May 2012

Memang Sungguh Terkesan..;(


Terkesan ? haa ..malam tadi Puteri terdetik nak lawat blog eerashera nii..
Dari kelmarin lagi tgk ,ada tajuk ,'Al-Fatihah buat Noormawati Mohd Rasif '..
Tapi tak ter'klik' ..malam tadi baru terdetik nak tgk ape isinye..benar2 terkejut!

Noormawati Mohd Rasif
*kenangan suami dan arwah ..


Ermm,,semalaman tak boleh tido..bukan takut ke ape..cuma rasa sedih sgt ..dan rasa cam terkilan sgt ..sebab Puteri tak tau ape2 cerita tentang arwah ..hmm..nampak sgt x amik tau soal masyarakat ..em,,tapi nak buat mcm mana kan .dah hati tak terdetik , xboleh salahkan diri jugak kan ..

Malam tadi ,habis semua entry pasal arwah ,Puteri dah journey..serius,sentap hati ni ..sedih lihat keadaan arwah yang baru setahun jagung berkahwin ..sampaikan Puteri ingat lagi ayat si suami "nak maafkan ape kak,dia x buat salah ape2 pun kat saye,nak bergaduh pun x sempat.."

See that ?tu menunjukkan mereka pasangan muda yang bahagia ..sebelum ni arwah dan suami pun agak berjauhan sbb dua2 ade tugasan ..emm,sudah ajal kan ..bila2 masa,Allah boleh tarik nikmat dan nyawa ..


Cincin yang jadi bukti ikatan mereka..



hadiah dari satu ikatan ..;(


Rafiq..hadiah dari arwah buat suami ..9 Bulan menggendong amanah , di sambung pula dgn 1001 perjuangan melawan penyakit ..seriously ,Puteri kagum dgn semangat arwah ..buat ape nak citer benda da lepas ?? Puteri nak luahkan saje rasa di hati ni ..x salah kan?


Erm , tak sangke pulak kisah ni mmg dah diketahui umum..Puteri je lambat..;(


*cinta sampai akhir hayat ..so sweet ..si suami setia di sisi ..


Hati ni benar2 lagi terasa sebak nyer ..mengenangkan ketabahan dan kesetiaan si suami jaga permaisuri hatinya,,dan tak lupa ,Kak Moon sbagai kakak ipar sahaja ,dah mainkan peranan yg sgt2 besar ..sungguh!Puteri kagum dgn mereka ...


And bagi sesiapa yang nak baca kisah nya ..boleh ke blog Kak Moon..di SINI..
Akhir sekali ..mari sama2 kita doakan allahyarhamah Noormawati tenang di alam sana ,moga rohnya dicucuri rahmat ..AL-FATIHAH ..;(

Dan skrg baru je lepas baca entry terbaru kak Moon ..em..nak baldi ..nak tadah airmate ni ..emmm..moga Kak Moon,En.Mutalib ,rafiq,bersabar dan tabah dgn suratan ni...Salam Takziah..

Entry Kak Moon 25 Mei 2012

Wednesday, 16 May 2012

KELEBIHAN-KELEBIHAN BASMALAH


bismillah
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih”
Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ungkapan bismillah ini dan mungkin ramai umat Islam mengetahuinya dan mungkin ada juga yang tidak mengetahuinya. Oleh itu, seluruh umat Islam perlulah ungkapkan ungkapan bismillah dalam apa jua yang dilakukan.

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan

Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :

“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”
Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”

6 kelebihan Bismillah ialah


  • Membaca Bismillah sebanayk 21 kali sebelum tidur, dapat mengelakkan gangguan syaitan, kecurian dan bala

  • Ucapkan salam dan Bismillah setiap kalli hendak memasuki rumah, Insyaallah rumah tangga akan diberkati dan mendapat keharmonian

  • Bacakan Bismillah sebanyak 41 kali ke telinga orang yang pengsan. Insyaallah akan dapat memulihkannya

  • Jika membaca Bismillah sebanyak 19 kali ketika bertemu orang yang dalam keadaam marah, InsyaAllah dapat melembutkan hatinya

  • Lafaz Bismillah jika diucapkan sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada orang yang berpenyakit selama tiga hari berturut-turut, insyaallah penyakitnya akan sembuh

  • Jika mahukan hajat seseorang itu dimakbulkan, dia hendaklah membaca Bismillah apabila selesai solat Asar pada hari jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis. Hendaklah juga mengadap kiblat sehingggalah matahari terbenam

Selain itu sesungguhnya Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-


  • Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal

  • Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana

  • Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut

  • Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut

  • Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya

  • Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh

  • Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta

  • Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali

  • Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya

  • Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan

  • Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana

  • Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat

  • Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya

  • Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan

  • Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu

  • Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah

  • Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula

  • Banyak sungguh kelebihan ungkapan bismillah ni dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Rugilah kita, jika kita tiadak amalkannya.

sumber: notahati.com

STRESS??TAKE A TIME LAH...



kerja melambak


Adakah anda mengalami tekanan (stres) ketika ini? Mungkin ramai yang stres ketika berkerja bukan? Rata-rata manusia yang mengalami tekanan adalah datangnya dari persekitaran kerja.
Untuk mengenali tanda-tanda stres dalam diri anda, pertama kalinya anda perlu membacanya di sini. Jika anda telah mengenali masalah yang membawa kepada tekanan kerja atau tekanan hidup anda, maka anda perlu menangani tekanan tersebut seberapa segera.


Kaji situasi tekanan anda!

Ini adalah langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk ke langkah yang seterusnya. Tekanan berlaku pasti ada puncanya. Maka kaji secara terperinci untuk mengenal pasti keseluruhan apakah punca tekanan anda. Adakah disebabkan faktor persekitaran di tempat kerja, atau faktor kelemahan diri, atau masalah keluarga. Semua ini perlu dianalisis agar anda mampu melakukan pelan tindakan seterusnya untuk menangani stres dalam diri anda.

Jika stres berpunca dari kerja anda, maka anda perlu berjumpa dengan bos anda atau mengatur kembali jadual kerja anda agar wujud keseimbangan mengikut keutamaan kerja anda.
Jika ianya bukan berpunca dari kerja, maka berkemungkinan berlaku kerana kendiri anda yang lemah dan tidak bersemangat. Jangan biarkan ia terus berlaku. Carilah ketenangan segera atau sesuatu yang boleh meningkatkan kembali motivasi kerja anda.

Namun jika ianya adalah masalah keluarga yang telah dicampur adukkan dengan masalah kerja maka tidak dapat tidak anda perlu berbincang dengan keluarga anda bahawa tekanan kerja anda semakin bertambah kerana apa yang berlaku di dalam keluarga anda. Tanganinya seberapa segera.

Rancang kerja anda

Saya pasti semua orang mengalami situasi tekanan di tempat kerja. Sama ada banyak ataupun sedikit itu semua terpulang kepada situasi kerja yang dihadapi. Tekanan kerja akan melemahkan pemikiran dan juga melembapkan tindakan kerana minda tidak lagi mampu berfikir untuk menyelesaikan masalah.

Selalunya masalah yang sering dialami ialah kegagalan menyusun kerja yang diterima. Gagal menyusun keutamaan kerja akan meletakkan anda dalam keadaan stres dan tertekan. Setiap tugasan atau kerja pasti ada due date yang telah ditetapkan. Berdasarkan due date anda sudah boleh melihat keutamaan kerja anda. Yang penting dan yang segera perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding yang penting tidak segera.

Merancang kerja akan melatih anda tentang disiplin masa yang perlu diperbetulkan. Barulah masa tidak terbuang begitu saja. Anda juga boleh lakukan sendiri dengan membuat jadual jangka panjang seperti dalam tempoh tiga bulan apa yang ingin anda siapkan. Kemudian kecilkan lagi dengan melakukan perancangan kerja untuk satu bulan. Maka kerja anda akan disusun dengan baik dan anda tidak pening lagi untuk melakukannya.

Carilah masa untuk bercuti

Setiap hari anda pasti menahan tekanan kerja yang kadangkala tidak dapat dihadapi. Bebanan kerja yang berterusan pastinya akan memberikan reputasi buruk terhadap kerja anda. Adakalanya minda tepu dengan kerja sehingga tidak mampu untuk memikirkan jalan penyelesaian.

Pada waktu inilah anda memerlukan masa rehat untuk mengembalikan siapa diri anda sebenarnya. Bagi anda yang bekerja di organisasi kerajaan, anda mempunyai cuti tahunan yang banyak. Jadi ketika anda mempunyai masalah berkenaan kerja jangan teruskan masalah ini menghantui anda. Tiada salahnya mengambil cuti rehat untuk mengembalikan potensi diri anda sebenar dalam bekerja kerana selepas rehat dan bercuti pasti anda lebih proaktif dan dinamik untuk menghadapi masalah kerja.

Anda boleh memilih lokasi percutian yang sesuai dengan diri anda. Jika anda meminati suasana pantai anda boleh pergi ke pulau-pulau untuk lebih menikmati suasana ini. Jika anda inginkan aktiviti lasak anda boleh memilih untuk kawasan hutan rekreasi yang kaya dengan kicauan burung, warna-warni rimba yang pasti memberikan ketenangan.

Saya berharap dengan tips diatas boleh membantu mengurangkan tekanan anda. Tekanan yang melampau boleh membahayakan kehidupan seharian anda. Mungkin anda terpaksa melepaskan tekanan itu pada keluarga anda, pasangan anda atau sesiapa sahaja yang rapat pada anda walhal mereka tidak bersalah. Jadi adalah amat penting bagi anda untuk mengurangkan tekanan anda demi mereka yang tersayang.


Sunday, 26 February 2012

Kawan???


Hmm,,tetibe je rase nak buat entry baru...dah lame x menaip ni..hehe
hari  ni nak ckp pasal KAWAN  la...
nak tanya ni..ada x tau nak mulakan persahabatan??
erm,,adakah orang lain x suka berkawan dgn korang??
dan..korang selalu jadi kera sumbang x??hehe

ok..today,i want to share about this situation..nak jadi motivator sementara sekejap.huhu

ETIKA DALAM BERSAHABAT

  • JADILAH DIRI ANDA YANG SEBENAR > Korang jangan la bersikap hipokrit ataupun bermuka-muka..Tak payah la nak tiru personaliti artis terkenal semata2 nak tarik perhatian pulak..ish..jenoh la nak cari kwan kalau mcm tu en?So..berusaha la untuk jadi diri sendiri yang hebat,bukan menunjuk2..Percayalah,HIPOKRIT korang,x kan bertahan lama..=)..knpa pulak x tahan lama??haa,,sebabnya,orang lain akan tahu la bila ada something wrong kat kite..sbb diorang memerhati kite..ish,,seram pulak..hehe

  • KEPERCAYAAN ASAS PERSAHABATAN > Kita pon tau yang percaya ni,sifat NABI MUHAMMAD S.A.W..so,kalau nak dapatkan sifat ni,kita mestilah ikhlas dan jujur dalam berkawan.Buat dan yakin dgn apa kita ucapkan.Jangan la nak menipu atau rosakkan pemikiran orang lain.Cakap je apa yang kita fikirkan,,TAPI! fikir la dulu sebelum berkata2..dan paling penting,,JANGAN LA JADI MULUT TEMPAYAN

  • FAHAM HATI BUDI ORANG LAIN > Kita kena faham setiap orang berbeza antara satu sama lain tau..jangan senang2 je nak melabel orang lain sebelum kita kenal mereka..so,luangkan masa untuk kita lebih kenal dan bergaul dgn mereka..sbb ni lah akan bg effect besar dalam hubungan sesama manusia.

  • MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI > Nak tanya,apakah ciri2 yang korang harapkan drpd orang lain?Adakah korang semua benci kawan2 korang pentingkan diri sendiri?Adakah korang meluat tgk diorang menunjuk2?Adakah korang suka bila ada orang takecare dan ringan tangan?Apakah bila korang rasa macam tu,korang la orang pertama yang kena buat semua perkara tu?Jangan harapkan orang lain memberi,kalau kita sendiri x menghulur!

  • RENDAHKAN 'HIDUNG' ANDA > Bukannya dengan pembedahan plastik,tuan2 puan2..tapi,buangkan lah rasa bongkak dan sombong diri yang x diperlukan tu..kalau lah kita dok asyik puji diri sendiri je,comfirm2 kena reject awal2!ya..betul,,mmg kita ada harga diri,tapi bukan dgn cara menunjuk2..Oleh itu,jangan 'tinggikan hidung' kalian semua..

  • BERLAKU ADIL > Ai..lain macam je..macam suami beristeri4 pulak..hehe..mcm ni,pastikan kengkawan kita dilayan dgn adil.maksudnya,xdek sape2 yang lebih.Jangan pulak kita tunjukkan yang kita suka seseorang lebih dari orang lain sebabnya,boleh timbulkan rasa iri hati ,lebih2 lagi tersisih..kesian kawan kita yang lain kan?jadinya,elakkan buta keputusan tanpa ambil kira pandangan semua orang.Kita pon kenalah tunjukkan sokongan,bukannya herdik diorang x tentu pasal.terasa ati pulak mereka..Kalau rasa diri dah berat sebelah,cpt2lah "bertaubat" ek,..

  • BERTANYA DAN MINTA PERTOLONGAN > Jangan malu bertanya dan minta tolong orang lain kerana semua orang layak dan mmg saling memerlukan . Of course lah penting bagi kita untk berkongsi masalah,pendapat,cerita dgn orang lain kerana dgn inilah kita mendapatkan penyelesaian2 yang kita x jangka2.

  • ISTIQAMAH DAN KONSISTEN > Kita kenalah konsisten bila bekerja dgn orang lain.betul x??sbb apa pulak?yelah,,supaya mereka tau dan 'masak' dgn budaya kita..Kalau lah kita sendiri x konsisten,kompem2 lah mereka still keliru dgn sikap kita.Tetapkan satu budaya an istiqamah lah dgnnya.Begitu juga dalam berkwan dan bersahabat.=)


so,pesanan admin,
'Ingatlah,anda semua tidak akan dapat mempengaruhi orang lain dgn wang ringgit dan harta benda.Tetapi,anda dapat menyenangkan hati mereka dgn senyuman '..
TEMAN YANG BAIK ADALAH 
ORANG YANG BERKATA BENAR KEPADAMU
DAN
BUKANLAH ORANG YANG SELALU 
MEMBENAR-BENARKAN PERKATAANMU