Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

DIET ..DIET..ANTARA FAKTA DAN MITOS..



Terdapat pelbagai mitos dalam berdiet yang disebarkan dan menyebabkan ramai yang terpedaya dengan mitos tersebut. Jadi, jangan tertipu dengan mitos diet! Jom tengok mana satu mitos mana satu fakta dalam berdiet!


MITOS : Jangan Makan sebelum tidur
FAKTA: Kenyataan di atas benar, TETAPI mengikut kata Dr.Michael Triangoto, penulis buku Langsing dan sihat dengan terapi Sukan berkata bahawa kebanyakan orang tidak mahu makan malam kerana mahu mengelakkan lemak terkumpul di dalam tubuh, secara teorinya tindakan tersebut memang dapat mengurangkan jumlah kalori, tetapi ia tidak praktikal. Ini kerana, perut yang kosong dalam tempoh 12jam akibat tidak mahu makan akan menurunkan kadar gula di dalam darah. Anda akan berasa sangat lapar dan seterusnya akan mengambil makanan secara berlebihan!
MITOS: Elakkan minum air putih dengan ais
FAKTA: Minum air putih dengan ais dikatakan akan menyebabkan perut buncit dan meningkatkan berat badan. Anda perlu tahu bahawa air putih sama ada berais atau tidak sebenarnya tidak mengandungi kalori. Minum la seberapa banyak mana pun, anda tidak akan menjadi gemuk!
MITOS: Jangan makan nasi dan juga mee
FAKTA: Nasi dan Mee merupakan kaborhidrat yang tinggi dan kedua-duanya merupakan sumber tenaga. Mengabaikan salah satu daripada kaborhidrat ini, seolah-0lah anda mengaibaikan diet sihat kerana jumlah nutrisi penting tidak dapat dibekalkan di dalam badan. Apa perlu anda buat?? Kurangkan bukannya tidak makan! Pilihlah kaborhidrat kompleks seperti sayur-sayuran, whole grains, atau biji-bijian.


MITOS: Telan pil, lebih cepat langsing
FAKTA: Pil pelangsing tidak mampu membuatkan anda lebih cepat langsing tanpa senaman dan diet yang sihat! Namun, pil pelangsing boleh membantu untuk program penurunan berat badan. Pastikan anda mendapat nasihat doktor untuk mencuba mana-mana pil pelangsing. Percayalah senaman dan diet yang sihat mampu menurunkan berat badan dengan lebih berkesan berbanding pil pelangsing!
“Jom berdiet dengan sihat!”

Sunday, 8 April 2012

Diet Yang Betul


Saya nak kongsikan dengan korang tentang cara permakanan Rasullullah S.A.W. Tahukah anda bahawa Baginda tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya. Sebab ape, sebab baginda bijak menjaga kesihatan dan mengambil berat soal permakanan. Anda suka makan kan? Makan Untuk Hidup, Hidup Untuk Beramal.. 
Diet yang diamalkan Rasullullah:
JANGAN MAKAN!!



Ikan + daging



susu + ikan



telur + ikan



ikan + salad



susu +cuka



susu + daging



susu + buah



ayam + susu


Amacam???..ade x lam diet sharian korang?mesti ade gk kan??so..jauhkan la untuk kesihatan kita...

ANTARA TIPS CARA MAKAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH:


Jangan makan buah setelah makan nasi , sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

Jangan sesekali tinggal makan malam .. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu kerana akan mempercepatkan kita mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam terkandung ion positif sedangkan dalam ikan pula mengandung ion negatif, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Selain itu juga,Nabi juga turut mencegah seseorang itu meniup air yang panas.Menurut para ilmuan,molekul karbon dioksida (CO2) yang dihembus ke dalam molekul air (H2O) akan membentuk asid (CH2O3) yang boleh membahayakan kesihatan.


Berikut adalah beberapa garis panduan yang dinyatakan dalam Al-Quran dalam mengekalkan kesihatan kita.Antaranya ialah:




Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan kurus dan tak gemuk.


Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air yang berisi ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminitsetelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah yang mengandungi oksigen akan mengalir ke ruang tersebut.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari-jari tersebut. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis bahan yang membantu percernaan makanan)

"Barang siapa yang mengamalkan sunnah Rasullullah S.A.W pada zaman kerosakan umat, Allah akan bagi ganjaran 100 pahala mati syahid"

akhir kata,renung-renungkan + selamat beramal