Tuesday, 23 July 2013

Aku Masih Bersyukur



Aku masih bersyukur , kerana aku masih punyai kedua ibu bapa .
Aku masih bersyukur , kerana aku masih punyai sahabat,kawan2.
Aku masih bersyukur , kerana aku punyai insan yang menghargaiku.
Aku masih bersyukur , kerana aku berpeluang menjejakkan kaki ke menara gading .
Aku masih bersyukur , kerana aku boleh mempelajari pelbagai ilmu .
Aku masih bersyukur , kerana aku masih bisa HIDUP .

Alhamdulillah . Aku masih bernafas .Aku bukan masih lagi bersyukur ,malah aku akan terus bersyukur
kerana aku tahu ,ALLAH rindukan syukur ku .ALLAH rindukan SYUKUR kita semua .

********************************************************************

Sesungguhnya , aku insan kerdil yang hanya mampu merengek2 pertolongan dan redha ALLAH .
Namun , aku tahu ,aku banyak kekhilafan .Tidak layak digelar insan hebat di dunia .Tapi aku berimpian 
menjadi insan hebat di 'sana' .Tapi layak kah aku ?Hanya itu persoalan yang sentiasa bermain di minda.

Nak share satu tazkirah yang pernah saya dengar di masjid kampung saya :

"ALLAH beri kita peluang utk berdoa ,maka berdoalah apa sahaja .Berdoalah tiap kali lepas solat ,
agar kita lulus ujian dalam kubur .Minta ALLAH Permudahkan lidah kita menjawab soalan yang akan ditanya di dalam kubur .Walaupun kita malu utk meminta ,tapi dgn doa sajalah kita boleh minta direct dgn ALLAH .ALLAH Maha Pengasih .DIA tak kan abaikan setiap satu pon doa hambaNYA .Cepat atau lambat ,ALLAH pasti akan tunaikan juga .Dgn syarat,kita bersungguh2 ketika berdoa ."

* Masih berfikir ,adakah aku dpt lagi meneruskan kehidupan pd hari esok ?
Adakah aku masih boleh bergembira dgn ahli keluargaku esok ?
Adakah aku sempat menjadi seorang anak,kakak,isteri,ibu,nenek yang baik kelak ?



Lantas dgn pantasnya ,aku mengenang semula dosa2 ku hari kelmarin ,tahun lepas ,tahun sebelumnya .
Amalanku belum cukup utk dibawa ke 'sana' sbg bekalanku .ALLAH ...Ampunkan segala dosa hamba-hambaMU .Selamatkan umat ISLAM yang ditindas ..Aaminn..


# Semoga hari ini lebih baik dr smlm .Hari esok ,lebih baik dr hari ini .Wallahualam