Tuesday 23 July 2013

Aku Masih Bersyukur



Aku masih bersyukur , kerana aku masih punyai kedua ibu bapa .
Aku masih bersyukur , kerana aku masih punyai sahabat,kawan2.
Aku masih bersyukur , kerana aku punyai insan yang menghargaiku.
Aku masih bersyukur , kerana aku berpeluang menjejakkan kaki ke menara gading .
Aku masih bersyukur , kerana aku boleh mempelajari pelbagai ilmu .
Aku masih bersyukur , kerana aku masih bisa HIDUP .

Alhamdulillah . Aku masih bernafas .Aku bukan masih lagi bersyukur ,malah aku akan terus bersyukur
kerana aku tahu ,ALLAH rindukan syukur ku .ALLAH rindukan SYUKUR kita semua .

********************************************************************

Sesungguhnya , aku insan kerdil yang hanya mampu merengek2 pertolongan dan redha ALLAH .
Namun , aku tahu ,aku banyak kekhilafan .Tidak layak digelar insan hebat di dunia .Tapi aku berimpian 
menjadi insan hebat di 'sana' .Tapi layak kah aku ?Hanya itu persoalan yang sentiasa bermain di minda.

Nak share satu tazkirah yang pernah saya dengar di masjid kampung saya :

"ALLAH beri kita peluang utk berdoa ,maka berdoalah apa sahaja .Berdoalah tiap kali lepas solat ,
agar kita lulus ujian dalam kubur .Minta ALLAH Permudahkan lidah kita menjawab soalan yang akan ditanya di dalam kubur .Walaupun kita malu utk meminta ,tapi dgn doa sajalah kita boleh minta direct dgn ALLAH .ALLAH Maha Pengasih .DIA tak kan abaikan setiap satu pon doa hambaNYA .Cepat atau lambat ,ALLAH pasti akan tunaikan juga .Dgn syarat,kita bersungguh2 ketika berdoa ."

* Masih berfikir ,adakah aku dpt lagi meneruskan kehidupan pd hari esok ?
Adakah aku masih boleh bergembira dgn ahli keluargaku esok ?
Adakah aku sempat menjadi seorang anak,kakak,isteri,ibu,nenek yang baik kelak ?



Lantas dgn pantasnya ,aku mengenang semula dosa2 ku hari kelmarin ,tahun lepas ,tahun sebelumnya .
Amalanku belum cukup utk dibawa ke 'sana' sbg bekalanku .ALLAH ...Ampunkan segala dosa hamba-hambaMU .Selamatkan umat ISLAM yang ditindas ..Aaminn..


# Semoga hari ini lebih baik dr smlm .Hari esok ,lebih baik dr hari ini .Wallahualam





Monday 8 July 2013

Dulu dan sekarang


Selamat siang kepada semua pengundi saya diluar sana .

Ok lah saya mengaku sejak memenjak ni ,bz sgt tahap babas dah rasa .Sampai kan nak lawat blogku tamanku ini pon x menyempat dah .Sungguh ,sangat terkilan sbb tak dpt update blog.
~xpayah nak terkilan sgt lah 

Tapi tak tahu mengapa hari ni ,detik ni ,tiba2 rasa terpanggil2 nak update status entry.Semuanya disebabkan geng2 Kolej Matrikulasi se-Malaysia la ni .Hangpa semua dah buat ceq rasa rajin nak update blog .Terima kasih lah sbb hangpa bg semangat kat ceq yang malas ni .hehe -bangga ler tuwww~


Terasa nak share something dgn hangpa .Semua pasal matrik. Ceq x mau mention matrik mana pon .Tapi ni lah pengalaman yang pasti korang akan dan pernah rasa .
<bagi yang belum masuk matrikulasi dan yang sudah berjaya menamatkan pelajaran kat  matrik >

Once a upon a time<dulu lah> ,

sibuk tanya kat akak2 abang2 senior pasal mcm mana belajar kat matrik.Diorang semua ckp,MATRIK IS THE BEST PLACE for them .Tapi dalam hati ni ,'iye ke best?mcm biasa je tgk'.Rasa macam diorang semua tipu je ."Ini semua poyo" ,ckp dlm hati jela.Poyo sbb apa ?Sebabnya tak kan masuk matrik hanya 10 bulan dah rasa itu yang paling best ?
Come on la .Sekolah menengah /sekolah rendah lagi BEST lah !
-Ok .Ceq mengaku ,itu yang dulu dulu la ceq pernah ungkap sebelum masuk matrik .-

Moment sewaktu di matrik ,

'Huh,penat betul la study non stop mcm ni.Kan best kalau aku masuk diploma.'
Ini dialog bila fikiran dihasut syaitonirrajim.Tapi bila refresh,muhasabah semula ,fikiran kembali jernih bila duk ingat ,apa lagi nak di rungut nye .Jalan ni lah yang kita dah pilih,beriya2 nak yakinkan kpd mak ayah yang kita nak sangat masuk matrik.Bila Mak Abah dah setuju dgn pilihan kita,support kita,Dapat elaun lagi tu,Dah cukup ringan dah beban mak ayah,Kita pulak yang nak hancurkan semua yang kita sendiri nak capai satu ketika dulu .Ok,dah2 .Jangan emosi sgt membaca nya .Habis kerut dah dahi deme semua .hehe..
So,sesi muhasabah kembali aktif  lantas dengan gigihnya ,diri sendiri mula naik semangat semula nak belajar .Nak habiskan dua sem<bagi PST> dan sebaliknya .

Tinggal cuma sehari di matrik ,

'Weh,sedih amat nak tinggalkan korang.Korang nak tinggalkan aku,aku nak tinggalkan korang'.
Maka ,slot drama AKASIA bermula .Kalah cerita si tanggang .Bapak sedihnya .bapak je ,mak tak =.=  . Waktu tu mula dah rasa ,aduhaiii,tak sangka dah habis dua sem/empat sem dah aku kat sini.Rasa macam baru je seminit masuk matrik ni.# mohon jangan menipu 

Bila tiba malam last kat matrik ,huh .Dok punggah barang gaya tak ingat dah esok nak exam lagi satu paper .Mak aihh .Memang tak study lah .Pagi tu baru duk pening kepala nak study .
Yes ,itu lah yang terjadi kalau jantung dah melompat2 tak sabar nak keluaq dari pintu pagar kolej . Tapi ,malangnya ,anda masih ada lagi satu paper .=.=


Setelah sehari meninggalkan matrik ,

'Wahai kolejku,daku sudah mula merindui mu ' .Bahkan bukan sampai sehari lagi pon ,tapi seminit keluaq dari pintu pagar pon ,dah ada yang update status kabo mcm tu .hehe ..itulah manusia .Bila di depan mata ,x hargai .Tapi bila dah takdek ,mula rasa nak hargai.
Ehemm.kata2 ni khas ditujukan utk kolej ye.bukan utk yg fall in love .hehe ..Sampai je kat rumah,fuhhh .Perasaan makin menebal bila rasa rindu kat roommates,classmates,pensyarah.Rindu nak pegang calculator setiap masa .Maklumlah. Budak Akaun ..hehe


3 bulan dah kat rumah ,-kaktus mulai membesar dgn jayanya-

"sekarang,baru aku faham ,apa yang senior aku ckp dulu yang mana Matrikulasi adalah tempat  paling best yang pernah dorang belajar' .Rasa nak pergi semula tapi xmo belajar .Cuma nak jumpe kengkawan,pensyarah .hehe .Tapi itu semua khayalan semata2 bagi ex kolej matrikulasi.Anda disarankan menyimpan cita2 utk ke degree pulak dan graduate dgn selamat .
Sekarang masih ada masa utk kita sedia mental dan fizikal utk menempuh alam baru iaitu alam universiti .Hargai usaha korang yang korang curahkan selama di matrik dan insyaAllah di uni nanti harap dikekalkan dan ditingkatkan lagi .Cewahhh .ala2 pensyarah dah berucap .




# so ,setakat ini je post utk kali ni .sbb ceq tau hangpa semua dah sesak dada nak habiskan baca entry ni ,..xpa ,ceq paham . sbb ceq pon dah letih menaip .

# mohon maaf kalau ada tersilap bicara dlm post ni .sesungguhnya ,post kali ni adalah sekadar perkongsian sy utk kalian semua .

Semoga mendapat U yang dikehendaki dan selamat berjaya ! Sesiapa yang rajin komen ,komen anda sgt sy hargai .Dan x mustahil kita semua boleh berukhuwah sama ada di fb mahupun blog / lain2 cara .



#pengalaman pertama dlm hidup satu group dgn Chinese .Awesome!


Do follow my blog k ! 

I'm From  : 

Jazakallahu khairan kathira