Tuesday 21 May 2013

Hampir Tercapai !


Bismillahirrahmanirrahim ..

Ehem ..kalau tengok kat tajuk atas nuu , ape dia lah yang hampir tercapai tu kan ? Adakah impian ku untuk memiliki sebuah kamera DSLR sebijik hampir tercapai ?? Yeahh ..salah sama sekali .Walaupun dlm hati ni membuak2 inginkan kamera besaq tu , tapi hati ni lebih membuak2 untuk menghasilkan karya2 ala2 da vinchi walaupun  angan2 tu mcm melambung peti ais akhirnya timpa diri sendiri .=.=

Ok ,back to the topic lah .senang cerita , sekarang ni tengah dan sedang berjinak2 dengan job meng edit editing anything ni . Semuanya abah yang pengaruh ! semua salah abah .sebab abah lah kaklong suka ...
Tapi takpe ,kaklong suka dgn IKHLAS  .hehe


Dulu kan , waktu first2 main2 dgn Photoshop , mak aihhh .buruk benor gambor nye *sila baca dgn nada sgt buruk ! Betul .tak tipu ..nak tengok ?


*kesian gambar abah jd mangsa



*mohon tutup mata sebelah .mohon =.=


ataupon korang boleh tgk entry penuh di SINI



Dah dah la tu kutuk . hehe..banyak lagi karya yang sgt berkarya yang pernah buat .tapi semuanya mungkin layak di letak kan di sini .




Tapi ,Alhamdulillah ..sekarang dah ada kesedaran sendiri . Tau tak ape die ?
Pada mulanya ,memang minat sgt editing .Bakat ni dari kecik lagi kot ada .Sebabnya mungkin abah yang banyak ajar tentang cara nak gune komputer,godek2 dalam2 komputer tu ,sampaikan skrg dah mahir menaip dan celik IT .*bukan bangga,nak cerita pengalaman je tau..Dan bila dah meningkat dewasa ni ,rasanya perlu buat perubahan kot . Abah pun skrg aktif sbg photographer .So, tak salah kan  kalau saya sebagai anaknya ,menolong sikit2 dalam karya ni .*ceh ,padahal nak komisyen sikit tu ,hehe..


No problem lah pasal komisyen tu .Tapi utk diri sendiri jugak .Mana tahu ,ada yang berminat nak tempah itu ini ke ..skrg dalam proses nak belajar buat album pengantin ,kad nama ,kad kahwin dan sekutu dengannya ..
Ada orang kata ,'Eh ,kau kan belajar akaun ,tak kan nak keje editing je kot .akauntan lagi lumayan ape ' ..ehh ..siapa kata orang yang wat keje ni x leh cari makan .. Tapi biasa lah ,pandangan orang tak kan sama dgn pandangan kita sendiri kan ...Apa salahnya belajar akaun ,belajar pendidikan agama islam ,tapi keje dlm photography .kan ,kan ?hehe


Sejujurnya ,saya sgt suka bidang ni .Mungkin pengaruh tu sgt kuat dlm family ni . Mungkin .hehe ..so ,skrg tgh buat custom album utk pengantin ..Gambar bawah ni first trial .Baru buat tadi . Mungkin sgt kolot .Dan mungkin akan ada orang muntah hijoorr tgk sy edit ni .mohon maaf dulu la ye .hehe




Alhamdulillah sekarang tgh nak mahirkan skill ni dulu .Baru lah berani nak edit kan .Baru lah orang akan puas hati dgn air tangan kita ..Insyaallah..
Practice Make Perfect !

Chaiyok2 pada diri sendiri !

Tuesday 14 May 2013

Promote Satt!

Selamat pagi semua .ok ,hari ni Puteri teringin sgt nak promote satu 'benda' ni kat korang semua .Hok mano yang ado anak adik kakak abang anak sedara cucu cicit tu ,meh sini meh! ceq nak habaq satu rahsia yang bukan lagi rahsia.
Terpanggil nya daku untuk berkongsi satu program ni adalah utk berkongsi apa yang saya dah dpt melalui program ni .Bayaran yang berpatutan + hasil yang memuaskan .Yang penting ,ISTIQAMAH la ye !


Berikut merupakan Ciri-Ciri Unik yang menjadikan Program eLearning Score A sesuatu yang hebat sehinggakan ramai pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR & SPM.
Sistem ini juga bakal memberi persedian kepada anak-anak bagi menghadapi konsep pebelajaran terkini mellaui sekolah bistari. Konsep pembelajaran ini telahpun mula diserap ke seluruh sekolah di seluruh negara. 

score a

Terdapat 12 Ciri Hebat/ Kelebihan Program Interaktif Score A. Ciri- ciri ini merupakan kekuatan sistem ini sehinggakan ribuan pelajar cemerlang telah dihasilkan. Kelebihan ini juga menyebabkan banyak sekolah di Malaysia telah menggunakan sistem pembelajaran ini.

1) E-Topic
  • Pembelajaran output sebaik sahaja selesai pelajaran input tentang sesuatu topik bagi membantu pelajar lebih memahami setiap topik dalam mata pelajaran yang mereka pelajari;
  • Markah lulus 80% iaitu A;
  • Penandaan adalah serta-merta; juga
  • Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.
2) E-Assesement
  • Latihan output secara serta merta yang tidak terhad menguatkan kemahiran pelajar dalam menghadapi peperiksaan;
  • Seperti kaedah bermain game, terdapat sistem ranking yang menggalakkan persaingan sihat;
  • Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk pergi ke tahap seterusnya;
  • Penandaan dan keputusan adalah serta merta; juga
  • Keputusan akan dihantar ke e-Report Card dan di sms ke telefon bimbit ibubapa.

3) E-Trial Exam
  • Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar;
  • Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan; juga
  • Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

4) E-National Trial Exam
  • Peperiksaan percubaan secara online yang diadakan serentak di seluruh Negara.
5) E-Past Year Exam
  • Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga
  • Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga sekarang daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia
6) E-Topic & Assesement
  • Modul soalan berkonsepkan latih tubi & pengukuhan.
  • Pemeriksaan serta-merta dan kata-kata motivasi. (buku tak boleh buat ni… ibubapa pun tak selalu dapat buat ni… )
  • Membantu pelajar menjawap soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.
7) E-Topic
  • Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
  • “Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
  • Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.
8) E-Progress
  • Carta pemantauan yang membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic™. Ciri ini adalah satu kaedah pemantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibubapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic™ anak-anak mereka.
  • Ibubapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibubapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.
9) E-Notes
  • Nota ringkas tetapi padat
  • Disediakan dari guru-guru pakar mata pelajaran
  • Membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat rujukan
  • Berkonsepkan peta minda.
10) E-Dictionary
Khas untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar.
11) E-Report Card
  • Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak;
  • Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak;
  • Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa; juga
  • Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
  • Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.
12) Senarai Penghargaan 100 Pelajar Score A Terbaik Di Seluruh Malaysia.
  • Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
  • Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.

 Harga yang ditawarkan adalah sangat murah jauh berbanding kelas tuisyen yang dihantar. Kos pembelajaran hebat ini hanyalah dalam lingkungan RM 5.00 - RM 10.00 untuk setiap subjek pada setiap bulan (bergantung kepada jumlah bilangan subjek yang diambil)

#"Berikan pendidikan yang terbaik kepada anak -anak kita pada hari ini demi masa depan mereka, ATAU kita akan menyesal dan berasa bersalah kerana tidak sanggup berkorban demi masa depan anak-anak kita".


ok . dah habis baca ? kepada sesiapa yang berminat ,boleh inbox saya di fb atau email ok ..

Fb : tekan je icon sebelah tu .
Email : puteri_ika9425@yahoo.com


# rugi tak dapatkan ...

Khas buat insan bergelar 'ABAH'



Dialah orang pertama azankan kita...
Dialah orang pertama yang gelisah...
Dialah orang pertama yang senyum pada kita...
Dialah AYAH kita... LIMITED EDITION...
Hanya SATU di dunia... 


ABAH..


Engkau seorang insan yang mulia
Seorang insan yang istimewa
Insan yang sangat ku kagumi
Akan sentiasa ABAH di hati ini

Sungguh besar pengorbananmu
Kau tetap teguh demi anak-anakmu
Tidak pernah mengenal erti penat lelah
Demi membesarkan anak-anakmu
Apa saja sanggup kau lakukan..


Pukul 12 mlm ni ,tepat 14.5.2013 
bersamaan 5 Rejab 1434
 bersamaan dgn HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN 
abah kepada 5 org puteri ,suami kepada ummi tersayang !

Selamat Hari Lahir ,abah ...



#tahun lepas pon ade wish jugak ..lihat DI SINI




#Sayangilah ibu & bapa :)

Monday 6 May 2013

Untuk Kesekian Kalinya~~



Alhamdulillah . sudah seminggu melepak2 di rumah sambil menyelongkar semula barang2 yg berhabuk di rumah nan indah ini .
#macam la rumah xdak org.hehe


Bila dah duk rumah  ni ,mula lah pulak mengade2 rasa nak pi kuliah ,tutorial ,makan kat cafe ..haish..mengade betul la.tula,sape suruh keluaq matrik.
Sejujurnya ,rasa x sangka jugak pejam celik pejam celik ,dah tamat belajar di matrik ..rasa baru je masuk .maka ini lah ayat yg selalu di ungkapkan bila dah habis belajar .


'tak sangka,sekejap je kan setahun'
'haish..aku rasa baru semalam aku nampak kau usung bagasi masuk hostel'
'tua dah aku ni ' < hok ni jarang ..hehe


Macam tu lah andaian2 yg sering dilemparkan oleh bekas2 pelajar institusi mahupun makcik2 yg tak sabar melihat anaknya ke jinjang pelamin.#abaikan ayat terakhir.. so ,apa perasaan dah hbs pengajian di matrik ?
wahh..ana rasa dunia ni ana yg punya ..sangattt .hehe..idok lah ..rasanya mcm makan aiskrim dua posen yg dlm peti tu je ..cuma nikmatnya ,kita akan tahu bila dapat result nanti ...


Bila bercerita tntg pengalaman ni ,banyak sampai x terkira la . nak remind semula pon entah ingat ke tak .huhu..tapi overall,belajar di matrik ,semestinya memerlukan mental dan fizikal yang kuat ..rohani tu sgt penting sbb itulah yg akan membawa kita sehingga akhir ..

cara study ? haa..bukan mcm ni ye..
bila tak tahu nak study yg mana se , cenggini la jadiknya ..semua org akan alami .relaks .hehe..sejujur2nya ..saya tak pernah study hard .nak kata study smart pon entah lah mencapai ke tak .rasanya tak pon.hehe .cuma selalu pesan pada diri ..walau kalut mana ,sesesak mana pon ,jangan stress.sbb stress ni bukan satu penyelesaian utk kita selesaikan setiap satu masalah ..
nak study kena pandai pilih masa ..bila nak study subjek yg kritikal ,jangan lah pilih waktu yg kritikal gak ..koma nanti .hehe . so , pandai2 lah arrange kasi betul sikit putaran jam dan putaran otak kamu sekalian ...


dah dpt update blog ni ,rasa nak cerita semua je  .tp biar lah sy kasi gambar je bercerita ye ...


         kagum tgk anak2 muda petugas lalulintas ni bergegas membantu pemandu yg terbabas kat divider tu..








aktiviti kolej 








done jawab kertas terakhir ..


begitu lah waktu memula masuk ..beginilah jugak waktu nak pergi..


pagi2 celik mata ,takmo dah teringat gi sini ye...banyak kenangan dlm tu ..huhu


Nasi ayam "Mas Jono" yg sgt femes dikalangan pelajar KMPH



penat eh edit gambaq utk hangpa...xpe2...utk sharing sedikit sebanyak ..utk adik2 bakal pelajar kolej Matrikulasi Pahang ,jangan gusar ...pastinya anda akan merasai satu aura yg tidak pernah anda rasa selama ini ...


yg mana yg terlepas antara entry yg berkaitan dgn KMPh yg saya pernah update ,boleh la ke sini ..:


SEKIAN SAJA CORETAN KALI NI ..SEE U LATER !